04 December 2008

Ibrahim Ali Nak masuk UMNO balik...- Malaysiakini

"Dia nak masuk UMNO balik," itulah gurauan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali. Gambar ini dirakam tatkala Perdana Menteri meluangkan masa menikmati 'nasi lemak bungkus' bersama-sama dengan Ahli Parlimen di ruang rehat Ahli Parlimen hari Khamis.
.
Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehingga tengah malam, merupakan hari terakhir perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2009. Kalangan Ahli Parlimen perlu menunggu sehingga ke akhir persidangan kerana perlu meluluskan rang undang-undang tersebut. Tidak terkecuali, Perdana Menteri juga turut sama-sama berada di Parlimen.
.
Apabila menjelang 9.00 malam, tumpuan bukan di dalam Dewan Rakyat tetapi di ruang rehat Ahli Parlimen apabila Abdullah meluangkan masa bersama-sama beberapa orang Ahli Parlimen menikmati ‘nasi lemak’.
.
Menariknya, Ibrahim yang turut sama menjamu selera menyerikan suasana dengan jenakanya walaupun di dalam Dewan mereka berbahas dalam suasana yang agak ‘panas’. Lebih menarik sebelum beredar masuk ke dalam Dewan, Ibrahim bersalam dengan Abdullah dan berbisik sesuatu kepada Perdana Menteri. - Agendadaily

4 comments:

Anonymous said...

Ibrahim Ali aka raja lompat katak,biarkan siluncai terjun dgn labunya.Inilah rupa politikus yg tak ada maruah dan tak ada pendirian.Kalau tak ada belas ihsan dari PAS,mati hidup balik, dia tak boleh jadi MP.Muka tak tau malu, buat malu orang Kelantan je...........

Anonymous said...

cerita ini dari malaysiakini?

Totalcare said...

Beliau bukan pemimpin, dia pikir menjadi ahli parliment macam hero. Dia dipilih oleh seluruh bangsa Malaysia untuk memimpin kawasan Pasir Mas.

Beliau lebih bersifat sombong. tidak tentu arah dalam pendiriannya.

Parti mana-mana pun sama, tapi pimpinan itu yang penting. Kalau gagal memimpin dan mewakili rakyat, kita tidak perlu mereka lagi pada pilihan yang akan datang. Biarkan dia mau masuk UMNO ke atau bebas. Itu terpulang pada beliau. Kita rakyat perlu buka mata dan perlu hati-hati memilih colon untuk mewakili kita pada masa akan datang.

Loyalty pd mana-mana parti itu tak penting. Yang penting pemimpin parti mana yang betul-betul berkhidmat.

jumpover said...

ini ibrahim ali tidak ada pendirian. Masa pilihan raya dulu dia pakai lambang pas. Kalau tidak dia pasti kalah...gerenti kalah. Lepas dia menang..dia macam anggap bukan kerana lambang pas dan pakatan rakyat dia menang..berlagak betul. Kini dia anggap dia sendiri yang masih relevant...tidaklah. PR yg akan datang ...katak ini pasti kalah, meluat orang kelantan melihatnya termasuk di malaysia.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese