31 December 2008

Calon PAS PRK P036 - Malaysiakini

Abdul Mubin Ismail : Umum sudah maklum, malam esok bertempat di Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, PAS akan mengumumkan calon yang akan mewakili partinya dalam pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu untuk berhadapan dengan Wan Ahmad Farid dan seorang dua lagi calon ‘tanpa mazhab’.

Dikhabarkan ketika nota ini sedang ditulis (pukul 9.30 malam) bertempat di Rhusila (kediaman Presiden PAS?), beberapa pemimpin tertinggi PAS sedang membuat pertimbangan terakhir bagi menentukan calon yang akan menggalas cabaran PAS bagi merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu sebagaimana dihasratkan mereka. Apa sebenarnya yang dibincangkan dan diperincikan, wallahuaklam. Apa sebenarnya masalah pun, kita tidak pasti. Yang banyak disebut orang, masalahnya ‘berebut’ hendak menjadi calon. Betul atau tidak, jangan tanya saya. Itu kena tanya mereka.

Difahamkan ada tiga (3) nama dalam senarai terakhir sedang diberi pertimbangan daripada segala segi – yang penting bagi mereka, calon yang akan memberi kemenangan kepada PAS. Nama Mat Sabu sudah terkeluar pada tapisan pertama lagi. Nama Dr Mohd Khazani Abdullah pun terpaksa dikeluarkan pada tapisan berikutnya atas sebab-sebab perniagaan dan masalahnya sebagai penjamin.

Yang tinggal dan mendahului senarai ialah ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, diikuti Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali (Cikgu Pa) dan bekas wakil rakyat DUN Batu Burok yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Wan Mutalib Wan Embong.

Mereka bertiga mempunyai kekuatan yang hampir seimbang. Bagaimanapun, Dr Syed Azman dilihat lebih mempunyai peluang yang cerah untuk terpilih berbanding Cikgu Pa atau Wan Mutalib.

Tranungkite/ deFacto : Secara keseluruhannya, peluang lebih berpihak kepada PAS mungkin 60-40 jika syed azman menjadi calon. Dan memang sekrang nama Syed Azman paling hangat. Menrut sumber yang memang boleh dipercayai, memang confirm syed azman calon! Apa lagi? Ayuh semua kuburkan UMNO! DAP membantu kita, 50 anggota dewan ulamak PAS kelantn berkampung di KT, Kelab penyokon PAS juga menolong dan paling penting, isu calon luar sudah selesai. hampir pasti kemenangan berpihak kepada PAS kali ini, InsyaAllah. Putrajaya semakin dihampiri, UMNO hampir terkubur!

Roslan SMS : Kini semua pihak menunggu pengumuman beliau. Keputusannya ada ditangan beliau. Saya percaya berbagai munajat dan istikharah yang telah beliau kerjakan untuk memastikan pilihannya itu nanti pilihan yang terbaik buat Islam. Saya dapat memahami besarnya bebanan yang beliau tanggung ketika ini. Kerana menghormati kedudukan beliau dan besarnya kasih dan ketaatan pada beliau selaku pemimpin lidah ini tidak tergamak untuk bertanyakan pun apa-apa perkembangan berkenaan soal calon.

Biarlah beliau membuat keputusan dan keputusan itu nanti insyallah akan diangkat dan diterima oleh semua biar siapa pun calonnya nanti. Yang penting kita mesti bekerja buat kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Ketepikan apa sahaja sentimen, musuh politik yang satu yang perlu dihadapi adalah Umno dan BN.

Soal adakah calon itu muda atau tua, professional atau ulamak, anak tempatan atau tidak, perlu dikesampingkan apabila calon yang muktamad tyelah diputuskan. Berlapang dadalah, dan terima keputusan jemaaah.

Calon PAS akan diumumkan esok. Yakinlah yang calon itu adalah yang terbaik buat kita semua dan buat pengundi parlimen Kuala Terengganu. Perjuangan perlu diteruskan, masa depan agama, bangsa dan negara terletak di tangan kita. Ayuh menangkan calon kita.

3 comments:

al-brangi Online said...

Selepas tahu siapa calon malam ni, marilah kita sama2 buat solat hajat

perunding said...

AllahuAkbar

LESONGINDEK said...

Kalau benar kenyataan dan spekulasi dalam posting mung itu, maka menjadi kenyataan mimpi aku DSA akan bersama DWF ditawar oleh dua gerombolan berbeza faham politik untuk mewakili warga KT untuk berkokok di Bangunan proximity dengan lake garden tu. ( aku tak guna perkataan lawan atau tentang kerana ke-2 nya satu agama satu bangsa dan satu rakyat kita Malaysia, sama dari KT, sama bijak belaka ). Jadi aku harap warga KT timbanglah dengan dacing seadil - adil nya, bulatkan tekad seputih hati hati mung. maka pangkahlah. Jangan lupa BIsmillah dulu sebelum mung pangkah , selepas pangkah mung jangan lupa Alhamdhulillah.Titik.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese