Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar says rescuers have retrieved and identified a decomposed body at the missing woman's room as the carcass of a dog.
KUALA LUMPUR -Bau yang dikatakan mayat sudah reput sebenarnya bukan mangsa kelima yang dikesan, tetapi bangkai anjing, kata Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid Abu Bakar sebentar tadi.
Sejam lalu polis mengumumkan ada menemui satu lagi mayat di lokasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dekat sini petang ini - pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
Pun begitu, pada sidang media sebentar tadi, beliau berkata: "pegawai telah berjaya sampai ke bilik pembantu rumah, ruang tidur dan seluruh bahagian dapur, namun hanya menemui bangkai anjing."
Justeru, kata beliau, seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang juga belum ditemui.
Wanita tersebut yang dipercayai bernama Lourdes Mary, 30an, merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr. N. Yogeswari, yang turut terkorban dalam tanah runtuh tersebut Sabtu lalu.
Setakat ini, mereka yang terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menimbuskan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama awal Sabtu lepas kekal empat orang iaitu Yogeswari, 40, akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, dan warga Indonesia Surinah, 30an.
Kata beliau, operasi SAR yang dihentikan sementara pada pukul 7.30 petang dan akan diteruskan macam biasa meliputi kawasan yang lebih luas.
"Hari pun dah malam, jadi lebih baik kita berhenti dulu dan sambung balik esok pagi dengan memberi tumpuan ke atas kawasan yang lebih luas," katanya.
Tambah beliau, sehingga kini tidak ada laporan tambahan orang hilang diterima.
Malah katanya, laporan Ikram dan Jabatan Kerja Raya menunjukkan tiada pergerakan tanah lagi.
Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Peringkat Negeri akan diadakan pagi esok. - Hrkh
mStar : Polis: Ditemui bukan mayat ke-5 tapi bangkai anjing
Harakahdaily :
Tragedi Bukit Antarabangsa, kerajaan tidak peka
Tragedi Bukit Antarabangsa: Polis temui mayat ke-5
Larang projek di cerun bukit dikuatkuasa sejak mentadbir Selangor
Bukit Antarabangsa: Operasi masih diteruskan
Malaysiakini : Polis siasat mangsa dilayan buruk
No comments:
Post a Comment