
Di KUALA TERENGGANU, tiga daerah yang terlibat adalah Kuala Terengganu dengan sejumlah 1,201 mangsa dipindahkan sehingga pukul 6 petang ini manakala di Marang 686 orang dan Besut 69 orang.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata, lima pusat pemindahan di Kuala Terengganu dibuka petang ini iaitu Balai Raya Sungai Pinang, Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Sekolah Kebangsan Tok Jiring dan Sekolah Kebangsaan Bukit Nenasi.
Paras air di Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri masih di tahap bahaya manakala paras air di Ibu Bekalan berada di tahap amaran.
Jalan-jalan yang ditutup Jalan Pengkalan Berangan-Pulau Kerenggal; Jalan Marang-Wakaf Tapai; Kuala Terengganu-Kuantan sementara di Setiu membabitkan Jalan Telaga Papan-Chalok; Bukit Perah-Kampung Jok-Kuala Kajil dan Marang-Kuala Telemong kerana dinaiki air sedalam antara 0.25 meter dan 1.5 meter.
Sementara itu, Pasar Payang yang menjadi tumpuan pelancong untuk membeli kain sutera, batik, songket dan barangan kraf turut dinaiki air sedalam 0.3 meter sehingga 0.6 meter.
Keadaan itu menyebabkan pelbagai barangan termasuk barangan runcit seperti gula, beras, tepung, pulut hitam, kacang hijau, buah-buahan, bantal, batik dan songket mengalami kerosakan akibat terkena air sehingga memaksa peniaga membuat jualan murah untuk mengelakkan risiko kerugian lebih teruk.
.
Buletinonline : Banjir Terengganu Bertambah Buruk
Harakahdaily : Nelayan Pantai Timur dinasihat berhati-hati
No comments:
Post a Comment