"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD," katanya kepada Khaled.
"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.
Sejurus selepas itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula bangkit mempertikaikan kedudukan Malaysia yang ternyata lebih teruk berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara.
"Universiti di Indonesia lebih baik daripada Malaysia, ianya sangat memalukan dan pihak KPT perlu serius menangani masalah ini.
"Kemungkinan UM tidak layak dinobatkan antara 100 universiti terbaik adalah disebabkan oleh NC nya yang tiada PhD,"katanya.
Sementara itu, Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut meminta KPT memeriksa dakwaan yang diterimanya mengenai pengiktirafan kursus Syariah Pengurusan di Akademi Pengajian Islam UM tidak sah oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
1 comment:
Saya bukan peminat NC, UM,Dato' Rafiah salim (laporan Malaysiakini meletak gelaran Dr. pada nama beliau pun tak betul!) tapi ternyata kenyataan yang dibangkitkan oleh MP Segambut, Lim Lip Eng, yang mengaitkan prestasi sesebuah universiti dengan kelayakan akademik (ijazah Ph.D) NCnya mengambarkan kecetekan pemikiran ahli MP DAP mengenai pengajian tinggi. Pertama, pangkat Profesor atau tidak, tiada kaitan dengan sama ada seseorang itu mempunyai PhD atau tidak. Kedua, jika dilihat dibeberapa buah universiti terkemuka di dunia, ramai di kalangan NC/Presiden/Rektor universiti yang bukan di kalangan Profesor atau pemegang PhD. Kelulusan PhD bukan penentu kewibawaan kepimpinan universiti. Dalam eerti kata lain, tidak bermakna seseorang yang memiliki PhD atau pangkat profesor akan menerajui sesebuah universiti lebih baik. Saya rasa kepada MP tersebut buatlah sedikit `homework' dan dapatkan fakta yang betul sebelum mengeluarkan pandangan, supaya nampak cerdik sikit, walaupun hari ini nampaknya semakin ramai MP yang tak berapa cerdik.
Post a Comment