Dewan Pemuda PAS Wilayah mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membatalkan permit konsert Inul Darastita yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 29 November 2008 ini. Laman web The Star dan Kompas Entertainment melaporkan berita tersebut semalam (klik disini: thestar dan Kompas.)
Pembatalan ini penting untuk menjaga kehormatan dan maruah negara Malaysia di mata dunia Islam. Selain itu masalah akhlak dan moral juga dapat di kurangkan.
Ini adalah kali yang ketiga konsert Inul dibatalkan, selepas ia dibatalkan pada 18 Julai 2008 di Johor dan 25 Julai 2008 di Stadium Putra Kuala Lumpur. Difahamkan, ia adalah atas nasihat pihak polis kerana faktor keselamatan.
Pada 26 November 2008 yang lepas Pemuda PAS Wilayah telah menghantar memorandum bantahan penganjuran konsert Inul yang dijadualkan pada hari sabtu ini kepada Jakim. Memorandum tersebut disampaikan kepada Ketua Pengarah Jakim Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Dalam memorandum tersebut Pemuda PAS Wilayah mendesak Jakim berperanan lebih dan bertegas membatalkan konsert Inul tersebut.
Pemuda PAS Wilayah tidak akan menghalang, hiburan dan persembahan artis selagi ia tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan adab-adab kesopanan melayu.
Malah Pemuda PAS sendiri telah menganjurkan konsert alternatif pada 9 November 2008 baru-baru ini di Lembah Pantai, yang menampilkan juara akademi nasyid, Azhan dan bekas vokalis kumpulan rock Gamma.
Selepas daripada ini diharapkan pihak berkuasa seperti DBKL dan Puspal terus konsisten memastikan artis-artis yang mahu membuat persembahan di Malaysia menghormati umat Islam dan budaya Melayu di negara ini. Perkara ini perlu ditekankan dan di beri perhatian yang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Selain itu, Pemuda PAS Wilayah juga akan cuba mengatur perjumpaan dengan pihak penganjur dan beberapa badan yang berkaitan bagi membincangkan isu ini. Pemuda PAS Wilayah tidak mahu berkonfrantasi dengan sesiapapun. Walaubagaimanapun Pemuda PAS Wilayah tetap tegas dengan prinsip Islam yang di bawa.
Kita akan cuba menerangkan hiburan daripada sudut pandangan Islam dan bagaimana Islam menangani kehendak manusia kepada hiburan. Pemuda PAS Wilayah akan memastikan seni dan budaya dimartabatkan seiring dengan Islam dan yang diperjuangkan.
Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
2 comments:
tahniah kerana konsert trsbut gagal
Tahniah.
moral anak2 malaysia terjaga.
Pasti bilangan mat rempit and penagih dadah dan pemakan suap, korupsi telah menurun.
Erhh.. belum... erhh tidak ...
kenapa???
Oh tiada hubungan konset music dgn perkara2 di atas?
Jadi kenapa bangkang?
untuk propaganda politik supaya nampak lebih Islam. Saya faham skrang.
Post a Comment