Melapor terus dari Mahkamah Sesyen hari ini, Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan pusingan kedua (pendengaran kes) perbicaraan Anwar Ibrahim bermula 14 November nanti.
Keputusan ini membuka laluan kepada perbicaraan kontroversi ini ekoran tuduhan liwat yang difailkan oleh bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini, pihak peguambela membantah permohonan pihak pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi ekoran sijil pindah itu ditandatangani oleh Abdul Gani Patail. Peguambela berhujah Mahkamah Sesyen bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan kes diteruskan tanpa gangguan dari Gani Patail yang kini disiasat.
Gani Patail dituduh menyalahgunakan kuasanya dengan meminda bahan bukti dalam perbicaraan Anwar 10 tahun lalu. Dari afidavit dan keterangan di mahkamah, Gani Patail dituduh mengarahkan doktor yang merawat Anwar Ibrahim memfailkan laporan palsu berhubung kesihatan mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang dipukul sehingga separuh mati oleh Ketua Polis Negara pada masa itu, Abdul Rahim Noor. - SK
Hakim Kekalkan Perbicaraan Kes Anwar di Mahkamah Sesyen
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui Hakim SM Komathy Suppiah sebentar tadi memutuskan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama.
Menurut hakim, arahan pemindahan kes tersebut yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Abdul Gani Patail adalah tidak sah.
Mahkamah menetapkan tarikh 14 November 2008 bagi meneruskan prosiding seterusnya.
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Kes liwat Anwar kekal di mahkamah sesyenMahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama.
Keputusan itu diambil selepas ketua pembangkang dan penasihat PKR itu membantah kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment