04 November 2008

Sidang Dewan Rakyat Hari Ini - Malaysiakini

Sesi Soalan Jawab Lisan
(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah agresifnya petani-petani menukar kegiatan pertanian makanan kepada pertanian untuk biofuel di negara ini berbanding negara-negara lain.

2. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan berapa banyak peruntukan Kerajaan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 memandangkan hanya 21 juta pelancong asing melawat Malaysia dalam tahun berkenaan berbanding 92 juta yang melawat Thailand serta sejauh manakah usaha Kementerian untuk menyelamatkan industri pelancongan dari dimangsakan oleh sentimen politik kepartian.

3. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan strategi yang terbaru dan yang perlu digunakan bagi membendung gejala penyebaran berita yang tidak berasas melalui media cetak mahupun media elektronik.

4. Datuk Chua Soon Bui [ Tawau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) pihak-pihak berkuasa manakah yang bertanggungjawab menjalankan penyiasatan terhadap pegawai-pegawai Kerajaan berpangkat tinggi yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan; dan
(b) langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan orang
awam memberi maklumat mengenai aktiviti rasuah dan penyelewengan.

5. Tengku Razaleigh Hamzah [ Gua Musang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah institusi dan alat perundingan yang boleh diguna untuk membantu para peniaga menghadapi kemerosotan/kemelesetan ekonomi sekarang ini dan bagaimanakah proses ini dikendalikan dan bagaimana maklum balas daripada ini diambil kira untuk tindakan seterusnya.

6. Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan masalah pencemaran air di Pulau Burung semakin membimbangkan. Apakah langkah proaktif yang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah pencemaran. Adakah pihak nelayan sanggup memberi pampasan yang ditentukan oleh pihak Kerajaan kepada mangsa-mangsa pencemaran air.

7. Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha yang dilakukan bagi menggalakkan sektor swasta menaja pelbagai program belia sebagaimana program-program sukan. Apakah pihak Kementerian bersedia mengemukakan cadangan untuk pelepasan cukai atau pemberian pelbagai insentif lain kepada pihak swasta yang menaja aktiviti, program atau kegiatan belia dan pertubuhan belia.

8. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah persediaan sekiranya berlaku kecemasan/kemalangan sistem LRT, KTM Komuter dan Monorel.

9. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) apakah langkah dan usaha Kementerian untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran padi di negara ini; dan
(b) berapakah anggaran keluaran padi negara yang dijangka bagi 5 tahun akan datang dan di manakah letaknya jelapang padi yang akan diusahakan khususnya di negeri Sabah.

10. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelabur asing dan tempatan yang berada dalam negeri Johor sejak tahun 2006, 2007 dan 2008. Apakah bidang pelaburan yang diminati oleh pelaburpelabur di Johor. Senaraikan negara-negara yang telah melabur di Johor.

11. Dato' Haji Abd Rahman bin Dahlan [ Kota Belud ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) jumlah graduan sarjana muda, sarjana dan PhD yang telah dilahirkan oleh Universiti Malaysia Sabah sejak ia mula beroperasi pada tahun 1994; dan
(b) berapakah pula daripada jumlah tersebut pelajar dari negeri Sabah.

12. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah sekolah-sekolah baru Cina dan Tamil dibina semenjak Kemerdekaan; dan
(b) adakah Kerajaan berhasrat untuk membina sekolah-sekolah vernakular Kadazan dan Iban di Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan penggunaan bahasa ibunda masyarakat Kadazan dan Iban.

13. Dato' Ismail bin Kasim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan yang dicapai dan perancangan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan dalam Koridor Utara (NCER). Adakah Kerajaan bercadang mengurangkan peruntukan kewangan berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan sejauh manakah Kerajaan memfokuskan agar setiap negeri terlibat mendapat faedah yang sama rata.

14. Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan semenjak tahun 2004 untuk mengendalikan projek-projek pertanian secara bantuan subsidi (indirect) dan bantuan kewangan (direct) bagi membangunkan sektor pertanian di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah pemasaran produk-produk pertanian dari kawasan luar bandar.

15. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah mahkamah syariah mempunyai kuasa dalam kes liwat dan qazaf.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 23 - Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah perbelanjaan lawatan ke luar negeri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk tempoh tahun ini.

Sesi Perbahasan Usul/ Penggulungan Bajet 2009 (mulai jam 11.30 pagi)

Menyambung Penggulungan Perbahasan Bajet 2009
1. Menteri Sumber Manusia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Menteri Belia Dan Sukan dan Menteri Kewangan (sebagai Kementerian yang menggulung perbahasan) - mppas

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese