Para Menteri pasti tertanya-tanya akan nasib masing-masing – kekal atau tersingkir daripada Kabinet. Kalau kekal, adakah mereka akan bertukar portfolio? Kalau tersingkir, adakah ini kena mengena dengan proses pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO pada Mac 2009? Mungkinkan Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi mangsa rombakan ini sebagaimana yang diura-urakan oleh salah seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri baru-baru ini?
Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara pula akan digamit perasaan ingin tahu yang melonjak-lonjak. Mereka tertanya-tanya, mungkinkah mereka terpilih menganggotai Kabinet menerusi rombakan kali ini? Mungkinkah Khairy Jamaluddin selaku Ahli Parlimen Rembau jadi salah seorang Menteri yang baru? – Ruhanie Ahmad
ROMBAKAN KABINET MASA TERDEKAT
ASHGABAT (Turkmenistan) – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan akan membuat satu rombakan Kabinet yang melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio dalam masa terdekat.
Menjawab soalan mengenai peletakan jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini, Abdullah berkata: “Rombakan itu tidak hanya untuk mengisi jawatan yang kosong (itu sahaja).
“Rombakan Kabinet itu akan melibatkan perubahan dan pengubahsuaian portfolio. Semua kemungkinan rombakan itu sentiasa ada,” katanya kepada sekumpulan wartawan Malaysia yang berada di sini kerana membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara ini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Ka Chuan yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat. – Utusan
No comments:
Post a Comment