07 November 2008

Sekiranya Obama Tidak Ubah Dasar Amerika.... - Malaysiakini

Sekiranya Obama Tidak Ubah Dasar Amerika - Pemuda Islam Sedia Berdepan

Kuala Terengganu – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru diharap dapat mengubah dasar-dasar negara itu terhadap Negara-negara Islam dan muslim seluruh dunia.

Pengerusi Asian Fedration of Muslim Youth (AFMY) Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mengucapkan tahniah diatas kemenangan Barrack Hussein Obama sebagai Presiden AS yang ke 44.

http://buletinonline.net/images/berita13/abu%20bakar%20cik1.jpgBeliau berkata dengan kemenangan Obama AS diharap dapat mengubah dasar luarnya daripada sebuah negara yang kasar khususnya terhadap Islam dan Muslim kepada pendekatan yang lebih baik.

“Memandangkan dia (Obama) mempunyai pertalian darah yang masih rapat dengan Islam dan muslim, syugialah kalau dia mengubah dasar AS kpada yang lebih baik,”kata Ustaz Abu Bakar di pejabatnya di Kampung Tok Jiring, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mahu Obama mencari menyelesaikan segera semua konflik yang membabitkan AS terutamanya di Palestin, Iraq, Afghanistan dan beberapa buah negara Islam yang lain.

Namun sebaliknya kata beliau, sekiranya Obama tidak membawa sebarang perubahan dan masih megekalkan dasar-dasar AS yang lama, pemuda-pemuda Islam diseluruh dunia, khususnya di Asia dan Malaysia, sedia berhadapan dengan dengan Obama dan akan terus menegakkan kebenaran.

“Kalau dia masih kekalkan dasar-dasar Bush, tidak menyelesaikan konflik yang ditimbulkan oleh AS dalam Negara-negara Islam,

“pemuda-pemuda Islam tidak gentar untuk berdepan dengan AS, akan terus menegakkan kebenaran sebagaimana tindakan yang dambil masa lalu,”ujarnya.

1 comment:

Nordin said...

Mengancam atau mengugut tidak akan menyelesaikan masalah.Ia hanya memberi gambaran kepada akal budi kita.

Sebaliknya kita kena lebih proaktif dalam menangani suasana.Mendatangi kepimpinan negara tersebut dan mengusulkan persahabatan dan cadangan adalah lebih baik dari menunggu-nunggu tindak mula dari mereka. Bukankah itu contoh dari sunnah Rasulullah?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese