17 November 2008

Ronnie Liu dibicarakan hari ini - Malaysiakini

Kes halang pegawai kerajaan 2007 Ronnie Liu dibicarakan hari ini

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor Ronnie Liu dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung dakwaan menghalang tugas penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil tindakan terhadap sebuah hotel yang dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral di Puchong, tahun lalu.

Pada 12 November lalu, Liu ditahan polis di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan Liu ditahan berhubung kes menghalang penjawat awam melakukan tugas pada 2007.

Beliau berkata ,Liu sepatutnya didakwa di mahkamah ini pada 12 November lalu namun ditangguhkan ke hari ini.

Liu dipercayai terbabit dengan kesalahan menghalang penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis ketika operasi penyitaan sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya, Subang Jaya, November tahun lepas. - mStar

Malaysiakini:

Ronnie Liu charged in PJ court

Ronnie Liu dihadap ke mahkamah

themalaysianinsider : Ronnie Liu charged in PJ court

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese