KUALA LUMPUR- Hakim Makamah Majestrit Ibrahim Mohammad Petaling Jaya hari ini membebaskan Exco Negeri Selangor, Ronnie Liu dengan jaminan RM 3,000 oleh seorang penjamin.
Pagi ini, Ronnie dibicarakan di Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan menghalang tugas penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil tindakan terhadap sebuah hotel yang dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral di Puchong, tahun lalu.
Pada 12 November lalu, Liu ditahan polis di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, kira-kira pukul 2 petang.
Menurut kertas tuduhan, Liu serta beberapa pelanggan dan pekerja hotel tersebut menghalang pegawai penguatkuasa MPSJ, Mohamed Hadzlin Zulkepli daripada menutup hotel tersebut di Bandar Puchong Jaya, Selangor pada 2 November 2007.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Chile antara jam 5.30 petang dan 6.30 petang.
Ronnie bagaimanapun menafikan yang beliau menghalang penguatkuasa menjalankan tugas tetapi menjelaskan ianya sengaja dipolitikkan untuk kepentingan sesetengah pihak bagi meraih laba politik. - SK
Malaysiakini : Ronnie Liu charged in PJ court
mStar : Ronnie Liu mengaku tidak bersalah kes halang pegawai kerajaan 2007
themalaysianinsider : Opposition claims politics behind Ronnie Liu charge
No comments:
Post a Comment