20 November 2008

Rakyat Menderita, Pimpinan UMNO Bina Istana - Malaysiakini

Wan Zainal dan keluarga

Setiu – Cerita kemiskinan rakyat Terengganu khususnya di daerah ini, tidak langsung menyedarkan pemimpin UMNO dan mengambil iktibar serta prihatin atas kesusahan rakyat .

Sebaliknya mereka terus mempamerkan kehidupan bermewah-mewah melalui laba yang mereka perolehi dari projek-projek kerajaan, tanpa merasa segan silu.

Sebuah akhbar media perdana baru-baru ini mendedahkan pasangan peneroka, Wan Zainal Wan Sulong, 55, dan isteri, Naimah Nik Li, 35, di kampong Alor Lek dekat sini, terpaksa meneruskan kehidupannya empat beranak dalam pondok buruk kerana terlalu miskin.

Wan Zainal yang didakwa mendapat rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) namun tidak berpindah dan terus tinggal empat beranak dalam pondok buruk kerana tidak mampu membayar deposit bekalan elektrik yang bernilai tidak lebih dari RM200.

Bahkan lebih malang beliau tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik rumah usang yang didudukinya sebanyak RM181.00 sejak lapan bulan lalu.

http://buletinonline.net/images/berita14/mangsahujanbatu.jpg“Bagaimana hendak saya jelaskan kedua-duanya, pembayaran deposit dan bil elektrik jika pendapatan tidak menentu. Isteri pula sakit jantung, banyak berehat dari bekerja dan ini membuatkan kehidupan kami bertambah sukar.

“Bagi kami sebagai penduduk miskin nilai RM100 adalah besar walaupun kecil bagi orang lain. Jadi jalan terbaik ialah terus tinggal sahaja di sini,” kata Wan Zainal.

(gambar kiri - Atap bocor ditimpa hujan batu)

Begitu juga empat keluarga di Kampung Pak Ba dekat sini yang tidak dapat memperbaiki semula rumah mereka yang rosak ditimpa hujan batu.

Pasti mereka terpaksa tidur dalam kedinginan dengan atap yang bocor dalam musim tengkujuh ini, sejak bencana itu menimpa pada 21 September lalu.

http://buletinonline.net/images/berita14/wandaud.jpg
Seorang bekas kakitangan awam Wan Daud A. Rahman, 59, (Gambar kanan) ditemui meluahkan rasa sedih dengan keadaan yang menimpa rakyat ini.

Apabila ditanya tentang kehidupan rakyat yang masih dalam kemisikinan, sedang pemimpin UMNO mendakwa kemiskinan telah dikurangkan, beliau berkata rakyat umumnya masih susah.

Beliau berkata yang terus kaya dan terus bermewah-mewah adalah pemimpim-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

“Rakyat merana sedang seorang pemimpin UMNO dalam daerah ini rancak menyiapkan istana bernilai RM3 juta,

http://buletinonline.net/images/berita14/din.jpg
“Itulah sikap pemimpin UMNO yang dikatakan membela rakyat,” katanya ketika ditemui Buletinonline semalam.

Menurutnya pimpinan UMNO Bahagian Setiu itu sedang membina istananya di kawasan Putrajaya tidak berapa jauh dari Bandar Permaisuri.

Rakannya, seorang pengusaha, Zainal Abidin Abd. Rahman, 58, (Gambar kiri) memberitahu pemimpin UMNO tersebut cukup berkuasa walaupun baru berusia 40-an.

“Dia adalah orang yang berdiri dibelakang Ketua UMNO Bahagian Setiu, juga menjadi penyumbang kewangan dan tulang belakang kepada pergerakan UMNO Setiu,” katanya.

Tinjauan yang dibuat dikawasan Putrajaya semalam mendapati sebuah banglo mewah milik pemimpin UMNO itu sudah mencapai 70% pembinaannya (Gambar atas).

Kawasannya cukup strategik, terletak dilereng bukit, persis rumah-rumah jutawan di bukit Damansara Kuala Lumpur sedangkan mereka adalah pemimpin yang dimanahkan oleh rakyat ! - buletinonline

1 comment:

Anonymous said...

macam PAS bagus sangat, lagi teruk dari UMNO. PAS PIS PUS tolong tukar nama jangan guna nama Islam lagi. sangat memalukan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese