18 November 2008

Raja Petra disoal siasat - Malaysiakini


Raja Petra Kamaruddin hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Sentul terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana tidak membenarkannya menunaikan solat jumaat ketika berada di Kem Tahanan Kamunting (Kemta).

Menurut beliau laporan dibuat termasuklah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak yang menyatakan tahanan ISA tidak perlu menunaikan fardhu Jumaat.

Sebelum itu Raja Petra yang ditemani isteri, Marina Abdullah dan lebih 20 penyokong tiba di balai tersebut kira-kira jam 2.30 petang.

Turut hadir di balai tersebut, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne.

Selepas 15 minit membuat laporan polis, beliau kemudian disoal siasat berhubung laporan polis yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam yang membuat laporan polis ke atas beliau ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Balai Polis Putrajaya pada 5 September lalu.

Walau bagaimanapun, RPK yang hadir bersama dua peguamnya, S Majitsidhu dan C Jadadish, tidak memberi sebarang kenyataan kerana kenyataan telah diambil ketika dalam tahanan.

“Mereka (polis) nak siasat apa lagi, saya sudah beri kenyataan sebelum ini,” katanya di luar balai setalah sejam disoal siasat.

Tambahnya lagi, apa yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today yang dikatakan telah menghina Islam adalah dikirim oleh pelawat melalui ruangan komen. - SK

Malaysiakini : RPK quizzed by cops, lodges report over ISA arrest

Malaysia Today : Isu hina Islam: 1 jam RPK disoal siasat polis

Malaysiangate :MalaysiaToday blogger Raja Petra Kamaruddin

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese