07 November 2008

Raja Petra akan ditahan semula? - Malaysiakini

SAARI yang merupakan salah seorang ahli panel dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam, menceritakan pengalamannya ditahan ISA sebanyak dua kali

KUALA LUMPUR - Walaupun pengendali Laman Web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin akan dibebaskan pukul 4 pm ini, tapi kemungkinan untuk beliau ditahan semula boleh berlaku.

Menurut Adun Hulu Kelang Saari Sungib, setiap mereka yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan DalamNegeri (ISA) adalah pada bila-bila masa, kemungkinan akan ditahan semula.

“Selagi ISA wujud, selagi itu mangsa-mangsa ISA akan terus dihantui, kecuali jika mereka yang dibebaskan itu sudah menjadi ‘kumpulan pihak pemerintah’,”jelas beliau yang pernah dua kali ditahan di bawah ISA.

Oleh itu, katanya, kita mesti terus menerus membuat ‘bising’ seperti mengada ceramah atau forum tentang ISA contohnya, semalam, supaya kerajaan tidak boleh membuat sesuka hati dan masyarakat antarabangsa mengetahui tentang setiap penangkap ISA.

“Media turun memainkan peranan dalam menyedarkan masyarakat supaya bangkit menentang kezaliman akta doktrin yang menahan sesiapa sahaja terutama musuh politik parti pemerintah, tanpa bicara,” ujar Saari yang merupakan bekas Presiden Jemaah Islam Malaysia kepada Suara Keadilan. - Syukree Hussain

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese