Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
Walaubagaimanapun Anwar enggan mengulas lanjut mengenai isu semasa yang dimaksudkannya itu.
"Dalam mesyuarat ini kita juga cadangkan supaya mesyuarat Majlis Menteri Besar yang tertangguh disebabkan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan juga bulan Ramadan dapat disegerakan," katanya.
Menerusi sidang media ringkas itu juga Anwar memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai beberapa perkara berbangkit seperti permasalahan ahak asasi, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), perdagangan manusia dan yang berkaitan dengan integriti kehakiman.
"Ini adalah beberapa perkara yang kita bincangkan selain perkara-perkara berbangkit daripada peringkat negeri yang akan kita sampaikan kepada mereka kemudian,' katanya.
Dalam pada itu Anwar turut mengakui khabar angin yang mendakwa bahawa beliau akan membentuk kaukus ahli-ahli Parlimen yang akan membincangkan mengenai sistem kehakiman negara.
"Ya memang benar, namun kita akan berbicang dahulu dengan menteri berkenaan kerana kaukus ini juga akan melibatkan ahli Parlimen kedua-dua pihak," katanya. - mSTAR
No comments:
Post a Comment