KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob menyifatkan amalan rasuah atau politik wang dalam pemilihan jawatan Umno kali ini adalah yang paling parah.
Dalam satu sidang media bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam, Adnan menegaskan, senario rasuah yang berlaku kali ini paling parah yang pernah disaksikan.
Paling memeranjatkan Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang turut menyatakan beliau malas mahu bercakap persoalan Umno hari ini yang semakin parah. Sementara itu Ketua Pengarah BPR, Dato' Ahmad Said Hamdan pula menyatakan pihaknya mengesan banyak kesalahan rasuah yang berlaku dalam pemilihan Umno.
BPR juga telah mula mengumpulkan bukti dan menahan beberapa individu yang didakwa melakukan rasuah, katanya.
Pihaknya tidak teragak-agak membuat tindakan, dan bagi BPR apa yang diistilahkan sebagai 'politik wang' adalah serupa dengan tafsiran rasuah.
Justeru BPR akan bertindak atas dakwaan itu sebaik segala bukti dapat dikumpulkan. - Hrkh
Harakahdaily:
Politik wang benar-benar telah merosakkan Umno
Politik wang palit imej buruk calon Timbalan Presiden Umno
mStar:
Politik wang mungkin semakin parah menjelang pemilihan - Tengku Rithauddeen
Politik wang: Muhyiddin rasa malu dedahkan kelemahan Umno

No comments:
Post a Comment