PKR wants to restore the power of the Yang di-Pertuan Agong in relation to the law-making process. The Party held its day two of their national congress on Saturday.
PKR janji kembalikan kekebalan raja
PKR bersedia mengembalikan kekebalan institusi diraja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres parti itu hari ini.
Mengulangi muafakat bersama yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam, beliau berkata:
"Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa." - Malaysiakini
PKR janji kembalikan kekebalan raja
PKR bersedia mengembalikan kekebalan institusi diraja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres parti itu hari ini.
Mengulangi muafakat bersama yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam, beliau berkata:
"Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa." - Malaysiakini
4 comments:
alahai politik. Mereka sanggup buat apa saja tanpa kira prinsip dan rasionalnya, yang penting mereka dapat populariti dan boleh menang dan berkuasa.
Zaman manusia yang celik dan cerdik ini, darjat dan kemuliaan bukan lagi terletak kepada keturunan.
Hanya ada beberapa kerat negara saja didunia ini yang masih mahu mengekalkan raja.
Pernah dikatakan separuh dari raja yang ada di dunia ini adalah berada di Malaysia.
Apakah kita mahu mengambil langkah kebelakang untuk kembali ke zaman purbakala.
Raja yang sedia ada ini pun kita dah tak sanggup menanggung beban kerenahnya, janganlah ditambah-tambah beban tu lagi.
Saya tak pasti entah berapa banyak negara kita kena keluarkan belanja nak maintain raja kita. Duit tu datang dari mana yer?
sy tak kisah kalau imuniti dikembalikan. tapi fikir2 la, berapa kerat kah kerabat2 diraja yg betul2 berkhidmat kpd rakyat? raja2 eropah sgt berbeza dgn sultan2 malaysia. raja2 eropah sgt dihormati kerana sikap mereka yg prihatin kpd masyarakatnya n amat jarang sekali menimbulkan kontroversi. begitu juga dgn raja thai yg amat disayangi oleh rakyatnya.
tapi kerabat diraja malaysia?
bergaduh di kelab malam, kaki perempuan, kahwin sana sini, menipu duit artis hollywood, membunuh rakyat biasa,....adakah ini contoh raja yg disayangi?
ptuiihhhh
ubah sikap dulu sebelum kekebalan dikembalikan
PKR will do anything to get power. Shame on you.
-malaysian
Raja-raja di malaysia ni adalah ketua agama islam bagi negeri2 mereka.Adakah mereka2 ini benar2 mengamalkan cara & corak kehidupan seperti yang dituntut oleh agama islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW,yang boleh dijadikan contoh tauladan kepada rakyat jelata.Saya bersetuju dengan pandangan saudara alias dan deepo.Sudah sampai masanya di pihak institusi raja2 memperbetulkan keadaan sebelum bertambah parah. Bukan mustahil satu hari nanti di malaysia ini institusi beraja akan berkubur.Harus juga diingat janji ALLAH bahawa tidak ada yang akan kekal di dunia ini, dan jangan pula salahkan rakyat sekiranya ianya berlaku.Tapi, tidak dinafikan masih ada juga raja2 kita yang berjiwa rakyat, tidak hipokrat, yang jujur, yang boleh kita contohi dan hormati.Harap2 juga JAKIM dapat ambil pembetulan pada perkataan "YANG MAHA MULIA", "MAHA AGONG" pada gelaran raja2 kerana ianya tidak sesuai diberi kepada manusia lain selain NABI JUNJUNGAN MUHAMMAD SAW.Limpahan Wang yang diberi kepada mereka seeloknya diagih kepada rakyat2 yang masih hidup di bawah paras kemiskinan dan saya yakin ianya dapat membantu kerajaan mengatasi kemiskinan tegar secara total.
Post a Comment