02 November 2008

PKNS: Jawatankuasa khas ditubuh bagi pilih penganti Low - Malaysiakini

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Rabu lalu telah mengesahkan keputusan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk melanjutkan tarikh persaraan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Low Siew Moi selama satu tahun.

“Dalam mesyuarat yang sama, ahli Lembaga Pengarah juga bersetuju supaya Puan Low melaksanakan urusan penanggungan kerja sebagai Pengurus Besar PKNS sehingga Pengurus Besar yang baharu dilantik,” memetik kenyataan akhbar yang dikeluarkan Jumaat lalu.

Dalam mesyuarat tersebut, Lembaga Pengarah juga telah berbincang mengenai sambutan yang baik yang telah diterima dari Bumiputera professional didalam dan diluar PKNS yang menyatakan hasrat mereka untuk memikul jawatan Pengurus Besar perbadanan tersebut.

Atas sebab itu, pihak Lembaga Pengarah telah membuat keputusan untuk menubuhkan satu jawatankuasa pemilihan untuk meneliti semua permohonan dan seterusnya menyenaraipendekkan calon-calon terbaik untuk dibawa kepada Lembaga Pengarah dan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS.

Jawatankuasa pemilihan tersebut akan dianggotai oleh Encik Zain Azhari, peguam kanan di syarikat guaman Zain & Co, Azlan Hashim seorang akauntan bertauliah dan dua ahli Lembaga Pengarah PKNS iaitu Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Ramli Mahmud dan Pegawai Kewangan Negeri Mohd Arif Abd Rahman.

Buat masa sekarang, Lembaga Pengarah PKNS sedang mempertimbangkan sebanyak 15 permohonan dikalangan Bumiputera professional yang kebanyakkannya mempunyai pengalaman atau kelayakan dalam bidang pembangunan perumahan dan hartanah.

Calon-calon yang telah disenarai-pendek akan dirujuk kepada satu lagi jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada ahli-ahli beberapa persatuan yang berkaitan dengan bidang pembangunan perumahan dan hartanah untuk semakan dan pengesahan keupayaan kerjaya mereka.

Proses menemuduga akan bermula Khamis depan dan PKNS dijangkakan akan mengumumkan keputusan dalam masa sebulan.

Berita berkaitan

Low Siew Moi akan memangku jawatan Pengurus Besar PKNS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese