19 November 2008

Pertemuan PR Memperkuatkan Lagi Kerjasama - Malaysiakini

Perbincangan tertutup yang diadakan bagi mengukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat. FOTO RUSNIZAM MAHAT

KUALA LUMPUR - PERTEMUAN dikalangan Pemimpin Tertinggi, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikalangan Pakatan Rakyat malam tadi mengukuhkan lagi kekuatan Pakatan Rakyat

Menurut Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali selain pengukuhan hubungan dikalangan Pakatan Rakyat, pertemuan berkenaan turut membincangkan tentang serangan media yang dihadapi oleh pembangkang.

“Perbincangan tersebut akan mengukuhkan lagi strategi Pakatan Rakyat serta perbincangan mengenai lima buah negeri ditadbir Pakatan Rakyat,”katanya kepada Suara Keadilan malam tadi.

Pertemuan sulung Pakatan Rakyat selepas pilihanraya Mac lalu,dihadiri kira-kira 60 ahli Parlimen dan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diadakan di salah sebuah hotel di Ampang malam tadi.

Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang diantara tokoh utama yang hadir malam tadi.

Satu perbincangan tertutup kemudiannya diadakan di antara ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan khususnya melibatkan negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pakatan Rakyat. - SK

mStar: Tidak sentuh pelan bentuk kerajaan, retreat baru Pakatan awal Disember

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese