KUALA LUMPUR - PAS mengucapkan tahniah kepada calon Demokrat, Barrack Obama kerana memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) mengalahkan calon Republikan, John Mc Cain.
"Bagi pihak PAS,kami mengucapkan tahniah kepada Obama kerana bakal menjadi Presiden pertama dari kulit hitam dan parti Demokrat kerana menang besar dalam pilihan raya AS.
"Kami berharap hubungan antara Malaysia dan AS terus diperkukuhkan terutama dalam membantu usaha pendemokrasian dan ketelusan di Malaysia,"kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Bagaimanapun katanya, PAS berharap AS akan memgkaji segera polisi dasar luarnya,terutama dalam isu yang membabitkan Timur Tengah dan dunia Islam keseluruhannya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mahu Obama mencari segera jalan penyelesaian untuk konflik di Palestin, Iraq,Afghanistan dan beberapa buah negara Islam yang lain.
Katanya, PAS berharap Obama akan segera mencari jalan 'perdamaian' antara Barat dan dunia Islam dengan tidak mengambil langkah konfrontasi sebagaimana yang dilakukan oleh George W Bush.
No comments:
Post a Comment