17 November 2008

Pakatan Rakyat martabatkan Islam - Malaysiakini

Kerajaan Selangor terus martabatkan Islam

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, hari ini mengumumkan kenaikan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dari RM738.30 kepada RM 1,000.

Bagi penyelia Kafa pula, elaun mereka dinaikkan sebanyak RM338 menjadikannya RM1,500.

Khalid mengumumkan perkara berkenaan ketika merasmikan perjumpaan khas guru-guru Kafa negeri Selangor di Shah Alam awal pagi tadi yang turut dihadiri Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Khalid turut mencadangkan penubuhan Sekolah Agama Teknik dan Vokasional bagi memastikan rakyat di negeri ini mendapat pendidikan Islam secara formal hingga Tingkatan Lima.

Menurutnya, cadangan itu akan dibincangkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta pihak swasta dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Khalid turut berharap kerajaan pusat bekerjasama menyediakan dana kerana cadangan itu memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan - SK

Malaysiakini : S'gor cadang tubuh sekolah agama teknik dan vokasional

Anwar: Pakatan pertahan Islam dan hak istimewa Melayu

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. - Malaysiakini

Suara Selangor Maju: Surat Muafakat Adalah Ikrar Pakatan Rakyat Pelihara Kedudukan Agama Islam, Orang Melayu, Kata Anwar

2 comments:

Anonymous said...

kata ketuanan rakyat bukan ketuanan melayu. ketuanan rakyat kena lah ratakan agama islam, istimewa melayu, bahasa melayu dan raja melayu. kalau tak ratakan itu adalah ketuanan melayu. tak habis-habis nak tipu rakyat, dulu kata ambik kerajaan 16 september sekarang sebelum raya haji pulak. asyik tipu aje. rakyat yang bodoh dan pengikut yang fanatik aje akan kena tipu dan kena bodoh lagi sekali.

Anonymous said...

Hidup UMNO! Hidup Melayu! hanya UMNO aje akan martabatkan Islam dan Melayu kat Malaysia ni, yang lain tu penipu aje.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese