"Bandar Kota Bharu terutama Wakaf Che Yeh tidak mati kerana pelbagai lapisan masyarakat berurusniaga untuk mencari rezeki.
"Malah kawasan itu kini menjadi sebahagian tumpuan pelancong yang datang ke Kelantan," katanya ketika merasmikan Seminar Pemurnian Aqidah Peringkat Negeri di Balai Islam, di sini semalam.
Hampir 1,000 peserta yang terdiri di kalangan kakitangan kerajaan negeri hadir. Program itu dianjur bersama Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).
Menteri Besar juga mengingatkan umat Islam sentiasa berhati-hati dengan �kufar yang sentiasa mengancam umat Islam melalui pelbagai cara.
Katanya, walaupun negara ini telah merdeka lebih 50 tahun, namun pihak kufar sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan umat Islam.
"Kita hendaklah berhati-hati dan jangan sekali-kali hanyut dengan fahaman kebendaan yang cuba diterapkan dalam kehidupan kita," ujarnya.
No comments:
Post a Comment