25 November 2008

Nazri tidak dikenakan tindakan Gobind digantung - Malaysiakini

PARLIMEN - Berhubung dengan kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang mengelirukan Dewan Rakyat 6 November lepas, Timbalan Speaker, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan untuk tidak merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat

Sebaliknya, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Dr Wan Junaidi.

Sebelum ini, menurut laporan media, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) telah meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh ahli Parlimen Padang Rengas pada 6 November lalu di dalam Dewan itu sebagai perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar.

Menurut Dr Wan Junaidi, keputusan berkenaan berdasarkan kepada tiga faktor; pertama, sama ada kenyataan menteri itu mengelirukan; kedua, sama ada menteri sedar bahawa kenyataan itu mengelirukan, dan akhirnya sama ada jika menteri berkenaan berniat untuk mengelirukan dewan.

Mengikut Dr Wan Junaidi, walaupun kenyataan Nazri itu mengelirukan, tetapi beliau kemudian menyedarinya, dan oleh itu tidak dianggap berniat untuk mengelirukan Dewan.

Nazri 6 November membuat kenyataan bahawa bekas Ketua Hakim Negara, Salleh Abas dan bekas hakim-hakim kanan yang lain yang terbabit dalam krisis kehakiman pada 1988, tidak dipecat tetapi perkhidmatan mereka ditamatkan lebih awal atas perakuan sebuah panel. - SK

2 comments:

Anonymous said...

Padan dengan muka gobind, orang macam dia patut masuk ISA aje. Hidup Nazri!

jason-king said...

to anonymous
kalau ko yg masuk ISA xpasal2 camne?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese