Satu Seminar Kearah Kecemerlangan Perkhidmatan semua Ahli Majlis Daerah dan Perbandaran sejumlah 338 orang telah diadakan di Dewan Banquet, Pejabat SUK semalam.
Seminar anjuran Pengerusi JK Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam (YB Nga Kor Meng) bersama unit PBT di bawah pejabat SUK julung kali diadakan semata-mata bagi memastikan semua ahli PBT yang baru dilantik mewakili kerajaan Pakatan Rakyat semestinya meneruskan usaha gigih bagi menjelmakan setiap dasar dan falsafah kerajaan Pakatan Rakyat terlaksana secepat mungkin di setiap bandar, pekan dan kawasan majlis perbandaran sejumlah 15 buah semuanya di seluruh negeri Perak.
Setiap (PBT) mempunyai antara 19-24 orang ahli majlis terdiri dari wakil-wakil dari PAS, DAP dan PKR serta 30% dari kalangan para professional yang bukan anggota mana-mana parti politik.
Saya telah diberi kesempatan untuk berucap utama serta merasmikan seminar sehari tersebut. Diantara lain, saya telah memulakan ucapan dengan petikan ayat al-Quran Surah al-A’raaf ayat 96.
Makna ayat dalam bahasa Melayu dan Inggeris telah dibaca dan diperdengarkan kepada semua hadirin yang terdiri semua kaum termasuk seorang ahli majlis dari orang Asli dan beberapa ahli majlis dari kaum Sikh.
Saya telah menyentuh perkara berikut:
Memastikan khidmat bersungguh-sungguh dengan ikhlas dan penuh komitmen kerana setiap ahli majlis dipilih dari lebih 2000 orang pemohon terdahulu dari ini.
Menjadikan bandar dan pekan sebagai pusat penyatuan ummah/rakyat berbagai kaum menjalankan setiap aktibiti kehidupan dan sosial.
Semua bandar dan pekan di Perak bersih, indah, bebas maksiat, selamat, selesa, bebas banjir kilat, nyaman dan berdisiplin.
Semua ahli majlis berkerjasama dan menjalinkan hubungan rapat dengan anggota Polis, Bomba, Kesihatan, Rela, Tentera, Guru sekolah, persatuan peniaga, NGO dll bagi memakmurkan persekitaran masing-masing
Merangsang setiap YDP (ketua PBT) dan ahli-ahli supaya memasang telefon tangan masing 25 jam sehari bagi mendengar rintihan dan keluhan setiap warga kota.
Memuji mana –mana PBT yang terbukti baik dan membanggakan.
Memberi amaran kepada semua ahli menjaga maruah dan tatasusila agar tidak terjebak dengan apa jua gejala yang mungkar dan tidak sihat. Saya telah menyentuh tindakan tegar memberhentikan jika terlibat dengan perkara yang mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat misalnya kes “habuan sedekah seks” yang telah saya pecat ahli tersebut serta merta.
Saya mengingatkan semua ahli memberi hak sama rata dan prinsip keadilan serta berhemah dalam melaksanakan kerja seharian.
Mengorak semyum keikhlasan kepada semua warga kota
Mengambil tindakan pantas mengatasi apa jua komplain warga kota seperti longkang hilang dan pecah, jalan berlubang, lampu jalan, rumput panjang, sampah sarap, anjing kurap, peminta sedekah dll
Amalan kebersihan yang optima di semua tandas awam .
Landskap yang nyaman dan teratur.
Rondaan sekerap mungkin bagi mengenal pasti kerosakan atau masalah tanpa menunggu komplain dari orang ramai
Sebanyak 2 kertas kerja turut dibincangkan.
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
No comments:
Post a Comment