BAJET 2009 UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT
IPOH: Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin membentangkan bajet 2009 negeri Perak yang memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan negeri ke arah kesejahteraan rakyat.
“Bajet 2009 ini yang bertemakan usaha untuk menzahirkan negeri berkebajikan ini berhasrat membawa rakyat dan negeri Perak ke satu tahap sosio ekonomi dan pembangunan insaniah yang seimbang.”
Bajet ini adalah pelengkap pada usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat kea rah memenuhi janji dan manifesto pilihanraya ke 12 lepas, katanya semasa membentangkan bajet pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak (Isnin) di sini.
Sambil berkata walaupun bajet negeri masih mengalami defisit bagi tahun kelima berturut-turut, defisitnya berkurangan hampir RM 15 juta daripada tahun sebelumnya.
Bajet 2009 mengalami defisit RM25 juta, berasaskan anggaran pendapatan berjumlah RM712 juta, sedangkan perbelanjaan berjumlah RM737 juta.
Mengikut fakta, Perak mengalami desifit selama empat tahun berturut-turut sebelum ini bermula 2005 (RM16 juta), 2006 (RM34 juta), 2007 (RM35 juta) dan 2008 (RM40 juta).
UCAPAN BAJET 2009 PAKATAN RAKYAT PERAK
1 comment:
Dewan undangan negeri
Dewan Parlimen , semua SAMA
TALK NONSENSE
Post a Comment