06 November 2008

Lempar kata kesat, Tajudin wajar dikenakan tindakan - Malaysiakini

PARLIMEN - Ahli Parlimen Pasir Salak(BN), Tajudin Abdul Rahman sewajarnya dikenakan tindakan secara serius kerana menggunakan kata kesat sewaktu dalam sidang parlimen semalam.

Dalam sidang media di Parlimen, Pemimpin Tertinggi DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, Lim Kit Siang telah menuntut agar Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengenakan tindakan keatas Tajudin.

Semalam, dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2009, Tajudin telah mengeluarkan kata kesat yang berbunyi ‘bastard’ ataupun anak haram.

“Macam mana perkara ini berlaku, Tajudin sepatutnya dikenakan tindakan,” katanya pagi ini. - SK

Isu 'anak haram': Pembangkang gesa Tajudin kena tindakan

Penggunaan perkataan 'bastard' (anak haram) oleh Datuk Tajudin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang dilemparkan terhadap M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) di Dewan Rakyat semalam terus menjadi isu yang dimainkan ahli Parlimen pembangkang hari ini.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Barat) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memberi perhatian serius terhadap isu ini kerana tindakan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu dianggap menyalahahi peraturan mesyuarat.

"Semalam Pasir Salak kata 'bastard' dua kali kepada Ipoh Barat, macam mana kita boleh benarkan perkara ini berlaku?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mahu Perdana Menteri memastikan supaya tindakan Tajudin itu tidak terus berulang pada masa akan datang.

Semalam, dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2009, Tajudin melemparkan perkataan kesat itu setelah Kulasegaran mendakwa bahawa masyarakat India di kawasannya 'benci' kepadanya.

Malaysiakini: 'Bloody bastard' remark: DAP wants MP disciplined
themalaysianinsider: DAP still seething over 'Bastard' remark

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese