“UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam ‘kelemasan’ dan telah lemah kepercayaan rakyat kepada parti itu.
“Jadi untuk pulihkan semula tali hayat Umno hanya satu isu sahaja iaitu isu perkauman dan sebab itu, kita (rakyat) kena jaga jangan terperangkap dengan isu perkauman ini. Kita (rakyat) semua kena jaga,” tegasnya ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Pelancaran Dana Kebajikan Dewan Pemuda PAS Terengganu, di Kampung Tanjung Batu Rakit, dekat sini, semalam
Menurutnya, apabila Pakatan Rakyat menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 UMNO/BN mula menggunakan isu perkauman.
Ini kerana, katanya ‘perangkap’ perkauman rakyat mudah melatah terutama di kalangan sentimen orang Melayu sendiri.
Beliau mengingatkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini agar tidak terjebak serta mendapatkan penjelasan pimpinan PAS terhadap sesuatu isu yang meragukan.
“Perangkap perkauman ini rakyat mudah latah. Kita (rakyat) kena tanya pemimpin PAS dahulu jika ada berita pelik yang ‘dimainkan’ oleh warta berita, RTM, akhbar arus perdana dan sebagainya.
“Sekarang akan berlaku peralihan kuasa sama ada kita (Pakatan Rakyat) ambil alih pemerintahan negara atau peralihan dalam kepimpinan UMNO,” tegasnya.
Menurutnya, sejarah masa lalu membuktikan isu perkauman yang dicetuskan oleh UMNO/BN berjaya menyelamatkan parti itu serta memudaratkan pembangkang PAS, DAP dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Katanya, pemimpin PAS, DAP dan NGO akan menjadi mangsa jika tercetusnya ketegangan kaum di negara ini.
Justeru itu, katanya isu pembangunan kini sudah tidak berjaya dimanipulasikan oleh Umno-BN kerana rakyat mempunyai pendedahan maklumat yang benar.
Menurut Haji Mohamad, mana-mana kerajaan yang memerintah akan meneruskan usaha pembangunan kepada rakyat dan negaranya.
Bahkan, katanya
Menurutnya, rakyat boleh melihat bagaimana cara pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
No comments:
Post a Comment