02 November 2008

Hadi Awang: Sah ! Sudah Ada Pimpinan UMNO Menyertai Pakatan Rakyat - Malaysiakini

Kemaman - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan hari ini, sudah ada pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diwar-warkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

“Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku,

“walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada UMNO sekarang,”kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke 12 yang diadakan di Dewan Dato’ Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam.

http://buletinonline.net/images/berita13/tgahadiijtima%5C%27ikpnt121.jpgMenurutnya perubahan kerajaan pernah berlaku dalam (keputusan pilihanraya) tahun 1990 ekoran perpecahan yang berlaku dalam UMNO akhir tahun 1980-an dan telah berlaku perubahan (dalam pilihanraya) tahun 1999 kerana masalah yang sama berlaku dalam UMNO.

“Sebagaimana perubahan boleh berlaku pada akhir tahun 80an bila Tengku Razaleigh keluar dari UMNO, dan berlaku lagi pada 1999 bila Anwar dipecat (dari UMNO),

“dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan (dalam UMNO) yang berlaku sekarang, bahkan Musa Hitam berkata UMNO sudah dihinggapi penyakit tua,” tegas beliau yang masih yakin perubahan boleh berlaku dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat.

Bagaimanapun apabila diminta untuk mendedahkan siapakah pemimpin UMNO yang telah menyertai Pakatan Rakyat, beliau menjawab “bila tiba masanya” beliau akan mendedahkannya.

Dalam perkembangan yang sama beliau yakin PAS berupaya untuk kembali memerintah negeri Terengganu apabila berlaku perubahan dan undi sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat sebanyak lima peratus.

“Pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihanraya seringkali bergantung kepada undi penentu dan undi penentu biasanya (adalah) undi atas pagar atau undi orang-orang yang tidak ber’parti’,

“sebenarnya 40% lebih undi yang kita capai adalah undi PAS samada ahli atau penyokong, dan kita dapati PAS mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Terengganu,

“Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pengundi hantu yang dibawa daripada luar

yang dilakukan dengan politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama SPR dan pendaftaran Negara,”kata beliau.

Dengan itu, katanya keadaan itu menunjukkan bahawa kekuatan UMNO Terengganu bertongkat (bersandar) kepada cara-cara tersebut.

Beliau berkata dalam pemilihan parti, UMNO telah dipengaruhi dengan politik wang, apatah lagi dalam pilihanraya umum.

“Kita boleh membuat perubahan dalam (pada) rakyat negeri Terengganiu sendiri (dan) dengan sedikit perubahan itu (peningkat undi 5%) akan terlaksana apa yang disebut tadi,

“(rakyat) mesti sedar bahawa kalau pemilihan UMNO, mereka dipengaruhi oleh politik wang, maka pilihanraya umum politik wang berlaku (dengan) lebih-lebih lagi,”tambahnya. - buletinonline

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese