05 November 2008

Dewan Rakyat Hari Ini - Malaysiakini

Sesi Soalan Jawab Lisan
(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Dr. Mohd Puad bin Zarkashi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kaedah sesuatu 'fatwa' yang diputuskan dan diselaraskan antara negeri-negeri yang mempunyai Mufti Kerajaan Negeri.

2. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kerajaan akan menjadikan lapangan terbang Sultan Petra, Pengkalan Chepa untuk pengangkutan kargo bagi produk-produk pertanian dan produk industri kecil untuk eksport.

3. Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Felda Penggeli Timur, Sungai Sibol, Linggiu, Bukit Besar, Bukit Ramun, Sungai Sayong dan Pasir Raja telah mendapat hak milik tanah dan terletak di Parlimen Tenggara dan apakah perancangan Felda untuk membangunkan pekan-pekan kecil di ketujuh-tujuh rancangan ini untuk mewujudkan Pusat Pertumbuhan Bandar Baru.

4. Tuan Azan bin Ismail [ Indera Mahkota ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah penjimatan kewangan Kerajaan setelah penstrukturan semula subsidi minyak semenjak tahun 2005 dan berapakah yang telah dibelanjakan.

5. Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan keluasan kawasan penanaman kelapa sawit di tanah gambut dan bagaimanakah pengairan dan saliran diurus dengan baik agar tidak berlakunya "subsidence".

6. Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sebab Kerajaan memindahkan operasi Air Asia dari lapangan terbang Terminal 2, Kota Kinabalu yang menelan ratusan juta ringgit ke Terminal Utama selepas siap nanti. Apakah Kerajaan mengakui kesilapan ini dan bukankah tindakan ini
suatu pembaziran.

7. Tuan Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk melakukan penilaian semula terhadap nilai tanah rizab Melayu memandangkan nilai tanah rizab Melayu kini dinilai sebagai kelas ketiga (berdasarkan penilaian yang diberikan oleh pihak bank perdagangan yang memberi nilai kelas pertama dan kedua kepada tanah-tanah ‘freehold’ dan ‘leasehold’ ).

8. Tuan Gobalakrishan a/l Nagapan [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah jenis program pemulihan yang diberikan kepada pesalah-pesalah juvana, apakah kategori umur pesalah juvana dan bagaimana pihak penjara melayan pesalahpesalah juvana sewaktu dalam tahanan.

9. Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dalam melaksanakan program "Baucer Tuisyen" di seluruh negara bagi tahun 2007 serta jumlah pelajar yang mendapat faedah dan apakah tahap kejayaan program ini.

10. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan langkah yang akan diambil bagi merapatkan jurang digital bandar luar bandar apabila projek 'high-speed broadband' dilaksanakan, dan adakah benar satu projek infrastruktur 'broadband' baru akan dicadangkan khusus untuk dimanfaatkan oleh penduduk luar bandar.

11. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah hasil pengeluaran getah asli dari Sabah sejak tahun 2002 hingga 2007. Kenapakah nilai getah dari Sabah lebih rendah harganya seperti mana yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

12. Tuan John A/L Fernandez [ Seremban ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah tidak terdapat langkah-langkah proaktif yang dirancang oleh pihak Kerajaan untuk menarik balik ramai tenaga mahir warga tempatan khususnya di bidang Kesihatan untuk bekerja di dalam negara.

13. Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kerajaan dalam memberi keselesaan tempat tinggal kepada jemaah Haji Malaysia di Mekah pada masa akan datang memandangkan kos penginapan yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

14. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada benar pihak UNHCR (Bahagian UN yang mengendalikan masalah pelarian Refugee) tidak dibenarkan masuk ke kem-kem tahanan untuk temu duga dan menyiasat permohonan individu yang ingin memohon status "refugee".

15. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian membuat pemantauan mengenai keselamatan pelajar-pelajar IPTA/IPTS khususnya yang tinggal di kolej kediaman luar kampus universiti; dan
(b) adakah pihak Kementerian mempunyai garis panduan mengenai tatacara keselamatan pelajar-pelajar yang tinggal di kolej kediaman dalam kampus atau di luar kampus universiti.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 16 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan laporan perkembangan Projek National Fidlot Centre (NFC) yang bernilai RM170 juta di Gemas, Negeri Sembilan yang bakal meningkatkan bekalan lembu daging daripada 23% (tahun 2005) kepada 37% (tahun 2010).

Soalan No. 18 - Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menaik taraf Pondok Polis Lubuk Merbau, Padang Terap kepada balai polis memandangkan jumlah penduduk yang semakin bertambah mencecah 10,000 sedangkan kekuatan anggota hanya 3 orang.

Soalan ke 31 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di luar negara serta bidang-bidang yang diterokai oleh syarikat-syarikat terbabit.

Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Kepala Bekalan & Pembangunan B1-B9 dan B40/P6-P7 Jabatan Perdana Menteri (11.31 pagi)

-
Perbahasan - mppas

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese