Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya sedang menyiasat maklumat itu yang ada di antaranya disalurkan oleh beberapa orang menteri. Namun begitu, beliau enggan mendedahkan jumlah laporan yang diterima atau siapa yang memberi laporan.
"Kita menerima banyak laporan bukan sahaja rasuah di dalam Umno malah semua parti terlibat dengan rasuah.
"Kita memandang serius semua laporan yang diterima dan akan siasat perkara ini tidak mengira parti politik," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Latihan Ujian Menembak BPR di Lapang Sasar Mantin di sini hari ini.
Selain itu BPR turut menerima beberapa surat layang yang mengatakan terdapatnya beberapa individu di dalam parti politik terlibat rasuah.
"Banyak surat layang kita terima tetapi ada yang betul ada yang tidak... kita tak boleh dengar cakap sembang di kedai kopi sahaja tanpa mengesahkan kesahihan perkara itu.
"Kita siasat tapi jangan sampai menyusahkan pegawai kita untuk pergi ke sana untuk sahkan perkara itu tetapi sebaliknya tak betul. Ini sudah membuang masa pegawai kita," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mendengar atau menerima sebarang laporan berhubung rasuah, perlu mendapatkan pengesahan dahulu sebelum membuat sebarang laporan. BERNAMA
BPR siasat pembelian helikopter Eurocopter
KUALA LUMPUR - Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah mula membuka kertas siasatan berhubung pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar bagi menggantikan helikopter Nuri.
Beliau berkata kertas siasatan tersebut baru dibuka selepas menerima maklumat daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.
"Dokumen dan maklumat penting dah dapat daripada PAC dan kita baru sahaja membuka kertas siasatan," katanya pada sidang akhbar yang dipetik Bernama selepas merasmikan Latihan Ujian Menembak BPR di Lapang Sasar Mantin,Nilai di sini hari ini.
Beliau berkata kes tersebut akan disiasat yang merangkumi semua aspek termasuk prosedur pemilikan dan juga rasuah.
"Ini termasuk semua aspek termasuk rasuah. Kita akan lihat prosedur seperti adakah kepincangan dalam prosedur dan beberapa aspek lain yang terdapat dalam prosedur itu," katanya.
Pada Selasa lepas, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa kerajaan menangguhkan pembelian 12 helikopter itu yang berharga RM1.679 bilion sehingga keadaan ekonomi dunia stabil.
No comments:
Post a Comment