Bicara Kes ‘Hambat Bas Pengundi Hantu’ di Rusila Pada Februari Tahun Depan
Kuala Terengganu – Sembilan orang yang menahan bas membawa pengundi hantu tetapi dituduh oleh kerajaan 'merusuh' di Rusila pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), 8 Mac lalu akan dibicarakan pada 22 hingga 25 Februari, 2009.
Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Khalid Ab. Karim menetapkan tarikh tersebut selepas dimaklumkan pihak pembelaan masih belum menerima kertas pendakwaan.
Pada jam 10.30 pagi, hari pengundian PRU 12, berpuluh-puluh pemuda dan masyarakat Kampung Rusila telah menahan sebuah bas BJU 2555 yang disyakki membawa pengundi hantu di Taman Medan Jaya, Rusila.
Peristiwa tersebut menjadi sejarah kerana penahanan bas yangcuba memasuki kawasan mengundi di Sekolah Kebangsaan Rhusila mencetuskan ketegangan akibat bantahan rakyat yang tidak dihiraukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
(Gambar - FRU dipanggil untuk menembak gas pemedih mata dan menghambat orang kampung pada hari mengundi 8 Mac lalu)
Polis telah dipanggil bukan untuk membawa keluar bas yang dipenuhi oleh ‘pengundi luar’ itu tetapi telah menghambat rakyat dengan tembakan gas pemedih mata dan serangan menggunakan belantan.
Menurut peguam Fathi Aziz Abu Bakar dari Aziz & Co. firma guaman yang mewakili mereka, kesemua sembilan orang yang ditahan dan kini dituduh ‘mencetuskan rusuhan’ .
Mereka adalah adalah Ibrahim Ali, 44; Ahmad Saharmi Mohd. Nor, 30; Ismail Mohamad, 60; Luqman Abdul Rahim, Annuar Mustaqim Abdul Malik, 22; Muhamad Sobri Mustapa, 39; Faizul Azrin Che Mohamad, 29; Muhamad Imaluddin Alis, 22 dan Md. Hinuddin Din, 30.
Semua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Ibrahim, Ahmad Saharmi dan Muhammad Sobri turut dituduh melakukan perbuatan khianat kerana menyebabkan kerosakan harta iaitu bas berkenaan pada masa dan tempat yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebihlima tahun atau denda atau kedua-duanya.Ibrahim, Luqman, Annuar Mustaqim, Faizul Azrin, Muhammad Imaluddin, Md. Hinuddin juga didakwa melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan rasa cemas kepada penumpang bas berkenaan.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kesembilan tertuduh diwakili peguam Kamaruzaman Wahab manakala pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pendakwa Raya, Badiduszaman Ahmad. - buletinonline
Kuala Terengganu – Sembilan orang yang menahan bas membawa pengundi hantu tetapi dituduh oleh kerajaan 'merusuh' di Rusila pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), 8 Mac lalu akan dibicarakan pada 22 hingga 25 Februari, 2009.
Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Khalid Ab. Karim menetapkan tarikh tersebut selepas dimaklumkan pihak pembelaan masih belum menerima kertas pendakwaan.
Pada jam 10.30 pagi, hari pengundian PRU 12, berpuluh-puluh pemuda dan masyarakat Kampung Rusila telah menahan sebuah bas BJU 2555 yang disyakki membawa pengundi hantu di Taman Medan Jaya, Rusila.
Peristiwa tersebut menjadi sejarah kerana penahanan bas yang
(Gambar - FRU dipanggil untuk menembak gas pemedih mata dan menghambat orang kampung pada hari mengundi 8 Mac lalu)
Polis telah dipanggil bukan untuk membawa keluar bas yang dipenuhi oleh ‘pengundi luar’ itu tetapi telah menghambat rakyat dengan tembakan gas pemedih mata dan serangan menggunakan belantan.
Menurut peguam Fathi Aziz Abu Bakar dari Aziz & Co. firma guaman yang mewakili mereka, kesemua sembilan orang yang ditahan dan kini dituduh ‘mencetuskan rusuhan’ .
Mereka adalah adalah Ibrahim Ali, 44; Ahmad Saharmi Mohd. Nor, 30; Ismail Mohamad, 60; Luqman Abdul Rahim, Annuar Mustaqim Abdul Malik, 22; Muhamad Sobri Mustapa, 39; Faizul Azrin Che Mohamad, 29; Muhamad Imaluddin Alis, 22 dan Md. Hinuddin Din, 30.
Semua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Ibrahim, Ahmad Saharmi dan Muhammad Sobri turut dituduh melakukan perbuatan khianat kerana menyebabkan kerosakan harta iaitu bas berkenaan pada masa dan tempat yang sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih
Mereka dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kesembilan tertuduh diwakili peguam Kamaruzaman Wahab manakala pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pendakwa Raya, Badiduszaman Ahmad. - buletinonline
No comments:
Post a Comment