06 November 2008

Berakhirnya pengaruh Shahidan Kassim? - Malaysiakini

Pemilihan dua sayap Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Kangar hujung minggu lalu menyaksikan tumbangnya dua orang penyandang jawatan ketua pergerakan tersebut.

Bagi Pemuda Umno, Hamunir Hamzah yang bertanding mempertahankan jawatannya tewas kepada pencabarnya, Abdul Aziz Abdul Majid.

Manakala penyandang Ketua Wanita Umno bahagian, Azihani Ali gagal mempertahankan jawatannya apabila tewas kepada naib ketuanya, Rela Ahmad.

Apa yang menarik di sini, kekalahan kedua-dua mereka itu sekaligus dilihat sebagai tumbangnya pengaruh Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim dalam Umno Bahagian Kangar.

Dalam Forum di laman web: AnakPerlis.com bertajuk, "Jatuhnya Rejim Shahidan Kassim dan Genting Gaza?" seorang pengunjung laman web tersebut menyifatkan kekalahan tersebut sebagai jatuhnya penguasaan politik berpusat di Genting Gaza (Pengkalan Assam) yang ditadbir oleh regim Shahidan.

Genting Gaza di Pengkalan Assam yang dimaksudkan ialah pejabat Perhubungnan Umno dan Barisan Nasional Perlis.

"Kita hanya ingin menunggu perwakilan menjawab segala teka-teki tentang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis. Sama ada rejim akan terus berkuasa atau beralih arah. Setelah tumbangnya harapan Shahidan Kassim iaitu Azihani dan Hamunir adakah tiba giliran Shahidan menjadi korban revolusi politik Umno Negeri Perlis?," katanya.

Bahkan dalam forum tersebut juaga, ada pula yang menyifatkannya sebagai "Berakhirnya Hikayat Kumpulan Gagak Hitam" di Perlis.

Kemenangan dua orang ketua sayap Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Kangar ini dilihat oleh pemerhati politik sebagai kemenangan kepada kumpulan pro-Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dan pro-Dato'Radzi Sheikh Ahmad.

Pada 8 November ini, Umno Bahagian Kangar dijadualkan akan mengadakan mesyuarat agung yang menyaksikan Md Isa akan bertanding merebut jawatan Ketua Bahagian menentang penyandang, Ahmad Bakri Ali yang juga merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri. - Bashir Ishak

2 comments:

Unknown said...

Shahidan Binatang tu memang tak layak jd pemimpin lagi. Tengok muka dia pun aku myampah. padan muka

my42u said...

Dia tu semua jawatan dia nak sapu tapi buat keje hancur!!Tengok budak bola perlis caruman kwsp dia orang pun tak boleh settle. Inilah yang dikatakan pemimpin pandai cakap je macam burung kakak tua kah..kah..membebel je...Bukan rakyat perlis je tak mau dia SULTAN PERLIS pun menyampah tengok muka dia macam hidung dahlah kemek tak mancung pipi dia yang berkedut tu je yang tersorong2.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese