Kerajaan negeri juga melancarkan skim hadiah anak masuk universiti bernilai RM1,000 khususnya kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, usaha itu sebagai membantu golongan berpendapatan rendah mengurangi beban kos pengajian tinggi anak mereka.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Sempena Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Industri Selangor (Unisel) yang berlangsung di Dewan Utama Kampus Bestari Jaya, Batang Berjuntai hari ini.
Beliau berkata, bidang pendidikan bukanlah satu pintu utama yang menjanjikan kekayaan tetapi ia merupakan pintu kepada peluang kejayaan besar.
Sehubungan itu, kerajaan Selangor sedang berusaha menerapkan konsep pendidikan yang mencakupi pembangunan kerohanian, psikologi, intelek, budaya dan emosi individu atau singkatannya 'Spise'.
"Apabila individu mempunyai keseimbangan antara lima elemen ini saya percaya beliau lebih mampu bertindak berteraskan ketelusan dan keadilan untuk kebjikan rakyat," katanya.
3 comments:
Feel good......
kalau kerajaan BN buat macam ni sejak memerintah negara ini 50 tahun dulu, alangkah baiknya,saya pun tak akan kempunan pijak menara gading!!!syabas kerajaan selangor, bertuah rakyat selangor ya!
bertuahnya orang2 Selangor.. agak2 nya bila la orang2 Johor nak dapat macam nie.. harap2 masa akan datang negeri Johor akan diperintah oleh parti Pakatan. Amin.
Post a Comment