12 November 2008

AMK Lapor BPR, Kes Rasuah Adun BN - Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita14/laporanbpramk1.jpgKuala Terengganu - Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat satu laporan kepada pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) Terengganu terhadap satu kes rasuah yang dikaitkan dengan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah.

Walaupun menyedari keselamatan dinya terancam, Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa tetap bertekad meneruskan laporan kepada pihak BPR bagi menuntut keadilan.

“Kami (AMK) pada hari ini membuat satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan dengan isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam kes yang dikaitkan dengan Adun Alor Limbat, Alias Abdullah. (Gambar bawah - Pegawai Bertugas BPR sedang meneliti laporan Fariz)

“Saya diugut apabila laporan polis dibuat minggu lalu dan akan disaman oleh pihak berkenaan yang menghubungi saya dan keselamatan saya mungkin terancam,” ujarnya pada sidang media selepas membuat laporan di pejabat BPR, Wisma Persekutuan, Kuala Terengganu, hari ini.http://buletinonline.net/images/berita14/laporanbpramk4.jpg

Katanya, Parti KeADILan Rakyat (PKR) menganggap kes tersebut serius meski pun akan berhadapan dengan tindakan pihak berkenaan.

Menurut Fariz, sehingga kini belum ada sebarang tindakan oleh pihak polis terhadap kes tersebut yang dilaporkan Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu sebelum ini.

“Kita (AMK) minta pihak polis dan BPR segera menyiasat secara terperinci berkaitan satu isu yang melibatkan satu tindakan bagi kita selama ini, kita menentang penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam negara ini,” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua AMK Malaysia kesal dengan tindakan Adun terbabit yang juga pengamal undang-undang serta melanggar etika guaman.

Katanya, Alias yang berlatar belakang pekerjaan peguam sebelum ini boleh didakwa melakukan jenayah berkait dengan satu akuan bersumpah seorang pengadu.

Menurutnya, Adun Alor Limbat tersebut bukan sahaja wakil rakyat yang dipilih semula dalam pilihan raya umum lalu tetapi juga sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang.

“Yang Berhormat, Adun Alor Limbat adalah seorang wakil rakyat dan dalam masa yang sama beliau (Alias) adalah pemimpin dalam Umno di Bahagian Marang.

“Beliau (Alias) adalah merupakan pengamal undang-undang, seorang peguam mengetahui ia merupakan satu jenayah dan tindakan yang beliau (Alias) ambil adalah melanggar etika guaman itu sendiri,” jelasnya.

Beliau diiringi Setiausaha AMK Terengganu, Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad dan Pengerusi Ikatan Anak Watan Darul Iman (Ikhwan), Haji Abu Bakar Kasim yang tiba di pejabat BPR negeri pada jam 3.00 petang tadi. (gambar bawah - salinan laporan BPR) - buletinonline

http://buletinonline.net/images/berita14/reportbpr.gif

1 comment:

Anonymous said...

well done, my brother...

We need to continue expose these sinful activities...and bring our country back in track...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese