Akhirnya Abdul Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Sebagai rakyat yang bernaung dibawah sistem perlembagaan Malaysia (yang diwarisi dari penjajah), kita bertanggungjawab tidak mempersoalkan atau mempertikaikan keputusan Mahkamah yang muktamad itu. Biarlah pengamal undang2 yang buat kerja mereka.Sebagai warganegara, kita hanya menuntut keadilan samarata tanpa mengira fahaman politik, pangkat, kaya atau miskin.
Kisah seterusnya akan dilakonkan oleh dua anggota polis yang diarahkan membela diri. Selagi kes ini belum selesai perbicaraannya,kita tidak berhak menuduh siapa pembunuhnya.
Berdasarkan keputusan Mahkamah tadi, ada asas kedua tertuduh ini terlibat dalam pertuduhan membunuh Altantuya, sebab itu mereka diarah membela diri. Persolannya disini, apa kaitan mereka dengan Altantuya?, atas urusan perniagaan apakah kedua dua tertuduh sanggup membunuh?, secara peribadi, mereka kenalkah mangsa sebelum ini?. Yang kita tahu, orang lain ada kepentingan dengan mangsa yg dibunuh, orang lain ada urusan perniagaan dengan mangsa yg dibunuh, orang lain juga yang pernah berjumpa dan berurusan dengan mangsa diluar negara.
Logiknya, kedua dua tertuduh tidak akan mengenali atau tidak mungkin membunuh Altantunya tanpa ARAHAN pihak ketiga. Razak dah bebas dan yang pasti tidak terlibat memberi arahan. Jadi, siapakah pengarah kepada pembunuhan tersebut? Siapakah pengarah yang membenarkan pengunaan C4 sewenang-wenangnya dalam pembunuhan tersebut?. Pihak berkuasa WAJIB terus menyiasat DALANG dibelakang kes ini hingga ke akar umbi.Mereka Wajib dihukum dan rakyat mahukan keadilan yang sebenar-benarnya bukan lakonan seperti filem tamil atau hindustan.
Ingat!!! Kes Altantuya ini penting bukan sahaja untuk kedua ibu-bapanya, anak2nya atau warga Mongolia tapi amat penting juga buat Imej negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Kes ini menjadi perhatian Dunia akan keberkesanan sistem yang diamalkan di Malaysia. Sekiranya dunia tidak yakin dengan sistem dinegara ini, kesannya amat buruk tehadap negara dari segi ekonomi.Tiada lagi pelabur2 asing akan melabur disini kerana lupusnya keyakinan terhadap sistem di negara ini. Mangsanya adalah rakyat jelata yang tidak berdosa malahan diperbodohkan oleh tokoh tokoh yang diamanahkan melaksanakan sistem tersebut.
Bongkar tetap bongkar demi keadilan sejagat. - Tranungkite

1 comment:
dari mana mereka mendapat bekalan C4?
kat kedai runcit/mamak atau supermarket?
siapa yang membekal?
apa motif mereka?
mengapa membunuh Altantuya yang mereka tidak kenali?
tak perlu siasat ke?
banyak soalan yang tiada jawapan
Post a Comment