09 November 2008

Ajaran Sesat Menyerang Universiti Malaya! - Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Gempar! hanya itu yang dapat digambarkan tatkala isu ajaran sesat ini mula menjadi buah mulut sebahagian besar mahasiswa Universiti Malaya. Masakan tidak, gerakan yang menamakan diri mereka dengan gelaran PEMUDA KAHFI ini mula melebarkan sayapnya di kolej-kolej kediaman dengan menjadikan mahasiswa sebagai sasaran mereka.

Dipercayai bahawa gerakan ini sudah lama bertapak di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12) dan turut mula menyusup ke beberapa kolej lain seperti kolej kediaman kedua, ketiga dan kesebelas. Bayangkan gerakan ini yang dipercayai menyerupai gerakan anti hadis mula menjadi ancaman yang cukup dasyat terhadap akidah mahasiswa-mahasiswa Islam.

Amat menyedihkan kita apabila Universiti Malaya ini yang merupakan universiti yang cukup gah mananya sebagai gedung melahirkan cendikiawan terdedah dengan ajaran sesat.

Adakah tiada sebarang usaha yang dilakukan bagi membenteras gerakan ini? Atau pun dek kerana tenggelam dengan beberapa isu yang kononnya menaikkan nama baik universiti isu UM yang merupakan universiti ketiga yang terbaik di Asia Tenggara sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini. Tidak kurang juga mungkin keseronokan warga UM menyambut kehadiran Naib Canselor mereka yang baru?

Namun bagi golongan-golongan yang peka dan sensitif dengan isu agama Islam, pendedahan ini pasti memeranjatkan mereka. Gerakan ini yang dipercayai mempergunakan kelas pengajaran Al-Quran yang dilakukan secara rahsia sebagai modus operandi bagi menarik seramai mungkin pengikut yang baru berjinak-jinak ingin mempalajari agama Islam.

Warga kampus umumnya mengetahui kolej kediaman tersebut khususnya Kolej Kediaman Kedua Belas menempatkan sebegitu ramai siswa-siswi yang menuntut di beberapa fakulti yang berhampiran apatah lagi kewujudan adik-adik yang belajar di peringkat asasi yang baru setahun jagung mengenali suasana membelajaran yang berbeza. Golongan seperti ini yang menjadi sasaran untuk dipengaruhi.

Selain itu, bagi merahsiakan kewujudan mereka, gerakan mereka dijalankan secara sulit dari diketahui umum. Segala maklumat mengenai keahlian, kumpulan malah pimpinan mereka adalah kerahsiaan yang cukup besar.

Cukup menyedihkan apabila ahli-ahli yang baru seringkali ditujah dengan soalan yang bertubi-tubi sehingga memerangkap mereka memahami penafsiran Al-Quran secara terpaksa yang ternyata menyimpang hanya atas kepentingan mereka. Turut sama wujud bayaran-bayaran tertentu yang perlu dilunaskan sepanjang penyertaah ‘ahli’ dalam perkumpulan ini.

Penyelewengan terhadap tafsiran Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah mampu meruntun keimanan para pengikutnya. Doktrinisasi yang mengatakan bahawa Rasulullah yang tidak lebih hanya penyampai risalah semata-mata malah orang lain juga boleh mencapai darjat seperti seorang rasul.

Ternyata hal ini ternyata bercanggah dengan akidah yang sebenarnya. Lebih memeranjatkan apabila diketahui bahawa gerakan ini turut sama disokong oleh golongan-golongan profesional dari kalangan doktor, pensyarah, malah individu dalam pentadbiran kolej sendiri bersekongkol menyebarkan kefahaman ini.

Kita berasa amat bimbang dengan perkembangan ini yang ternyata menjadi ancaman yang cukup besar terhadap warga kampus keseluruhannya. Maka disini adalah dituntut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Pentadbiran Tertinggi Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), pentadbiran kolej-kolej kediaman malah menjadi tanggungjawab besar kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) sendiri untuk mengambil berat terhadap sutuasi ini.

Tindakan pantas adalah penting dilakukan bagi membendung merebaknya fahaman ini. Malah peranan mahasiswa sendiri sedaya upaya perlu mengelak dari terjebak dengan perkara ini. - Mahasiswakini

AJARAN PEMUDA KAHFI

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese