15 November 2008

Adun Ngemah, Sarawak ketuai 12,000 sertai PKR - Malaysiakini

Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR

gabriel adit and keadilan pkrKira-kira 12,000 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.

Borang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini.

Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.

Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.

Adit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk menyertai PKR.

Manakala 6,000 lagi permohonan baru dipercayai terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli. - Malaysiakini

Gabriel Adit Secara Rasmi Sertai PKR

SIBU, 16 Nov (Bernama) -- ADUN bebas bagi kawasan Ngemah Gabriel Adit Demong, 58, telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai parti itu kepada presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di sini Sabtu malam.

Turut menyertai tindakan Adit itu ialah 11,752 individu dari seluruh kawasan negeri ini.

Adit adalah Adun Ngemah selama empat penggal, tiga daripadanya atas tiket BN ketika beliau menjadi naib-presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang dibubarkan, sebuah parti komponen BN negeri yang dianggotai majoriti kaum dayak dan dibatalkan pendaftarannya ekoran krisis kepimpinan dalaman.

Berikutan tindakan Adit itu, PKR kini mempunyai dua anggota di dewan undangan negeri.

Seorang lagi ialah Dominique Ng yang juga pengerusi PKR negeri dan ADUN Pedungan.- BERNAMA

2 comments:

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum kepada semua pembaca,

InsyaAllah DSAI akan menjadi PM

Malaysia sebelum hujung tahun ini.

Ameen.

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum kepada semua pembaca,

InsyaAllah DSAI akan menjadi PM

Malaysia sebelum hujung tahun ini.

Ameen.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese