15 November 2008

ADUN Kuala Nerang bebas muflis - Malaysiakini

ADUN Kuala Nerang jelaskan hutang, bebas muflis

KUALA NERANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim (gambar) berkata, beliau sudah menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000.

Katanya, peguam beliau telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah 3 November lepas yang mengisytiharkan dirinya muflis.

"Perintah dari mahkamah pun belum dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada majlis khatan perdana anjuran Kelab Kebajikan dan Sosial Kakitangan Hospital Kuala Nerang dan Adun Kuala Nerang di sini, hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan Kedah berkemungkinan menyaksikan pilihan raya kecil berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan ADUN Kuala Nerang itu muflis.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. BERNAMA

1 comment:

broooo... said...

lantik lah aku jadi Wakil Rakyat...

aku ada hutang 150 ribu... boleh lah aku settle kan cepat2.. cash gituuu!!!!

tengok YB kita ni baru 2-3 bulan jadi YB dh boleh settle utang... syok kan jadi YB?????

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese