Terkadang bila difikirkan semula, kita naik hairan juga dengan senario di Amerika. Biarpun mereka polis dunia yang dicop sebagai pencipta keganasan. Mereka banyak menindas orang Islam di mana-mana sahaja. Namun, bab-bab pilihanraya mereka kembali profesional. Berkempen secara sihat, siapa boleh berdebat secara terbuka antara calon yang bertanding. Rakyat pula bebas mengadakan perhimpunan dan menyokong pemimpin mereka.
Tidak pernah pula kita dengan Presiden Amerika keluarkan arahan agar jawatan Presiden itu tidak ditandingi semata-mata untuk kekalkan kuasa. Berbeza sekali dengan Malaysia, biarpun negara Islam Hadhari dan demokrasi, namun semua ini tidak nampak zahirnya di negara kita. Kempen yang berat sebelah antara kerajaan dan pembangkang. Bahkan lebih hina lagi, untuk kekalkan kuasa dikeluarkan berbagai syarat termasuklah jawatan Presiden tidak boleh ditandingi, kuota dan bermacam-macam lagi.Sedangkan Amerika adalah negara Yahudi.
Ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Malaysia tanahairku. Jika tidak diubah sekarang, maka masa depan generasi akan datang akan terus suram. Marilah kita lakukan perubahan sekarang. - pahangdaily
No comments:
Post a Comment