05 October 2008

Zaid Ibrahim akan tinggalkan Umno? - Malaysiakini

Zaid Ibrahim akan tinggalkan Umno?

Sepanjang kerjaya politik Datuk Zaid Ibrahim selama kira-kira 20 tahun, tahap maksima yang dicapai dalam politik adalah menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selepas dilantik Senator. Ketika menang dalam pilihanraya 2004 sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu, kerajaan BN tidak lantik apa-apa.

Sebelum inipun beliau pernah digantung jawatan sebagai Ketua Bahagian Umno selama hampir tiga tahun. Kali ini Zaid tidak cukup pula pencalonan untuk bertanding Ketua Umno Bahagian Kota Bharu. itulah sepak terajang politik Umno.

“Saya berhadapan dengan banyak masalah disebabkan pandangan berbeza itu sehingga merasakan penggantungan saya sebelum ini, tanpa sebabnya,” katanya pertemuannya dengan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman Menteri Besar kelmarin dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pertemuan dengan dua tokoh pembangkang sebagai hanya pertemuan biasa sebagai kawan rapat.

Adakah benar beliau akan menyertai Pembangkang PKR atau Umno? Apa pandangan anda jika Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu masuk PAS? Baca disini.

- Jiwo Kelate

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese