08 October 2008

Usaha minit terakhir, 30 pemimpin NGO mahu Pak Lah pimpin hingga 2010 - Malaysiakini



TERIMA KASIH... Abdullah Ahmad Badawi melambai ke arah wakil-wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berkumpul di pintu masuk utama kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini bagi menyatakan sokongan mereka kepada beliau. Lebih 30 orang yang mewaklili pelbagai NGO Melayu berkumpul seawal pukul 7 pagi sambil memegang poster. Antara NGO Melayu yang hadir ialah Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mempertahankan jawatan Presiden parti ataupun tidak?

Persoalan ini terus bermain di fikiran kebanyakan pihak termasuk di dalam dan luar negara manakala Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengumumkan pendirian sama ada mempertahankan jawatan Presiden Umno atau sebaliknya menjelang pukul 5 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat apa-apa pengumuman hari ini.

Pada hari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disebut-sebut akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac tahun depan, lebih 30 orang daripada beberapa NGO Melayu berhimpun di luar perkarangan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini hari ini untuk meminta beliau terus menerajui Umno sehingga 2010.

Mereka yang hadir sejak 7 pagi tadi membawa poster Abdullah dan melambailambai tangan ke arah beliau semasa Perdana Menteri keluar dari Seri Perdana pada 9.45 pagi untuk menghadiri mesyuarat Kabinet.

Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Alumni Kelabkelab Umno Luar Negara, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti (PERKIB).

Timbalan Presiden Pertubuhan Alumni Kelabkelab Umno Luar Negara Datuk Mohd Rais Zainuddin berkata Abdullah perlu mempertahankan jawatannya sehingga tempoh peralihan kuasa pada Jun 2010.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak berlakunya pertandingan bagi jawatan tertinggi parti itu kerana ini boleh menjejaskan kedudukan Umno pada masa depan.

"Saya tiada pengumuman untuk hari ini (semalam)," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Di sebalik itu, pelbagai spekulasi terus muncul dengan sesetengah pihak masih yakin Abdullah akan mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan Mac depan.

Mereka beranggapan sedemikian dengan melihat perkembangan terkini dalam Umno dan negara.

Kelmarin Umno Bahagian Kuala Kedah mengumumkan bahawa pihaknya akan mencalonkan Abdullah untuk kekal sebagai Presiden parti.

Badan Perhubungan Kelantan juga mengumumkan pihaknya akan menyokong Abdullah jika beliau berhasrat untuk mempertahankan kedudukannya.

Pada Khamis lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam berkata, beliau percaya bahawa langkah menunda Perhimpunan Agung Tahunan dan pemilihan sehingga tahun depan merupakan petanda kemungkinan Abdullah tidak akan mempertahankan kedudukannya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan Majlis Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

"Mesyuarat itu akan diadakan pada 3.30 petang esok," katanya kepada Bernama hari ini.

Kelmarin Perdana Menteri berkata, beliau akan mengumumkan pendiriannya sama ada hari ataupun esok.

Malah, kelmarin Abdullah mengesahkan yang beliau akan menemui pemimpin-pemimpin BN di ibu negara hari ini.

"Tunggulah dalam masa yang tak lama lagi, Saya akan buat keputusan esok atau Rabu", katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini kelmarin.

Pada 26 Oktober lalu Presiden Umno itu berkata beliau akan mengumumkan mengenai keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu sebelum 9 Oktober iaitu sebelum bermulanya persidangan peringkat bahagian.

Pada 1 Oktober lalu, Perdana Menteri berkata beliau akan memberi penjelasan kepada ketua parti komponen BN mengenai pelan peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. - mStar

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese