Apa yang memeranjatkan ialah peguam Shafee terus bertanya kepada Najib tentang maklumat mengenai campurtangan politik yang mempengaruhi kes ini. Bukti ini diperkuatkan dengan satu mesej Najib kepada Shafee pada 16 November 2006: "Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost.” Mesej ini menimbulkan banyak tandatanya tentang peranan Najib dalam kes ini. Mengapa Najib bercakap tentang ‘tentative charges’ dan ‘all is not lost’? Bagaimana Najib mengetahui perkara ini, sebelum Razak Bginda didakwa? Apakah ada perjanjian bahawa Razak Baginda akan dibebaskan? Ini adalah persoalan penting yang akan memberi kesan terhadap kes ini. Teks SMS ini telah dibuat melalui handphone Najib yang bernombor 012-2143177 dan handphone Shafee yang bernombor 012-3257052.
Mereka yang mahu melihat kebenaran perlu mencabar Najib dan Shafee untuk menafikan perhubungan telefon ini benar-benar berlaku atau tidak. Ada kemungkinan, rekod SMs ini masih lagi terdapat disyarikat telefon tersebut. Kebenaran masih lagi tersembunyi. Mereka yang tahu apa yang sebenarnya berlaku mengharapkan kebenaran ini akan dikuburkan bersama Altantuya. Tetap, kebenaran sering menjelma dalam keadaan yang tak disangka-sangka dan jatuh ke tangan mereka yang mencari kebenara. Kadang-kadang dalam keadaan yang penuh misteri. Maklumat tentang transkrip ini sila ke blog perakexpress
[Nampaknya semakin banyak pembongkaran dan pendedahan bukti tentang keterlibatan secara langsung Najib Razak dalam kes Altantunya kini semakin terserlah. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Apapun kita amatlah berharap agar Najib dan Rosmah dapat dipanggil ke mahkamah sebelum hakim menjatuhkan keputusan terhadap Sirul, Azilah dan Razak hujung bulan ini. Bagaimana beliau harus jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri sekiranya rakyat semakin sangsi dengan ketelusan kes pembunuhan wanita Monggolia itu].- Pahangdaily
1 comment:
betul ker nie? apa bukti? aku pun boleh tulis sms tu.
Post a Comment