28 October 2008

Timbalan Pendakwa Raya Tun Majid Terdedah Maklumat Keputusan Kes Altantunya !! - Malaysiakini

Keputusan kes Altantunya Shariibu wanita Monggolia yang dibunuh kejam itu akan diumumkan sekitar penghujung bulan ini. Maknanya bila-bila masa dari sekarang kita bakal mendengar satu lagu keputusan besar yang melibatkan institusi kehakiman negara. Sesungguhnya, ramai pihak yang meramalkan bahawa satu keputusan "luar biasa" akan berlaku terhadap kes ini. Namun segalanya bakal terjawab pabila ia diputuskan oleh pihak mahkamah nanti. Namun, angin bertiup kencang bahawa ramai rakyat Malaysia sudah boleh membaca apakah keputusan yang bakal diumumkan oleh mahkamah nanti. Sama ada tiga orang yang dituduh akan dibebaskan atau dikenakan hukuman?.

Inilah yang menjadi persoalan dan amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia sejak sekian lama. Malahan keputusan ini juga amat ditunggu oleh sebahagian besar rakyat Monggolia dan masyarakat antarabangsa. Tambahan pula isu ini telah menggemparkan dunia, dimana ia dikaitkan dengan orang kenamaan negara ini.

Soal sama ada
Razak Baginda, Sirul Azhar dan Azilah Hadri akan dilepaskan dari hukuman adalah semakin semakin nyata. Tambahan pula, dipenghujung perbicaraan lalu nampak benar pihak pendakwaraya banyak mengemukakan keraguan ke atas orang yang dituduh itu. Ia seolah-olah sebagai jalan terbaik untuk membolehkan pesalah terlepas dari hukuman. Inilah yang amat meragukan kita. Perkara ini pernah terjadi dalam kes yang melibatkan pragawati terkenal Noritta Samsuddin dulu. Beliau telah dibunuh kejam, namun semua tertuduh dilepaskan. Bahkan pihak polis mendapati terdapat dua lembaga misteri yang tidak dikenal pasti telah melakukan pembunuhan tersebut. Soalnya, siapakah lembaga misteri itu? Akhirnya, tertuduh Hanef Basree yang sudah dipenjara dibebaskan semula tanpa dipanggil untuk membela diri.

READ MORE HERE: Pahang Daily

1 comment:

Anonymous said...

ye lah tu.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese