13 October 2008

Sokongan kepada RPK di Padang Amcorp Mall, PJ - Malaysiakini

RPK tidak dilupakan, 300 orang nyalakan lilin di Padang Amcorp Mall

Hampir sebulan selepas Raja Petra Kamarudin (RPK) ditahan dibawah ISA, masih belum ada tanda-tanda protes dan sokongan terhadapnya akan berakhir.

Sebentar tadi lebih 300 orang berkumpul dan menyalakan lilin bagi menyatakan sokongan terhadap RPK di Padang Amcorp Mall, Petaling Jaya yang kini sedang menjalani tahanan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting.

Yang lebih membanggakan, kebanyakkan hadirin yang hadir terdiri daripada muka-muka baru. Rakyat nampaknya semakin berani untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap ISA.

Ketika semakin ramai rakyat menentang ISA dan berkempen untuk memansuhkan undang-undang yang diwarisi oleh penjajah British itu, Umno berkempen untuk mempertahankannya.

Selain daripada mempertahankan “legasi” penjajah British, UMno perlukan ISA untuk terus berkuasa. Akan tetapi mampukah mereka melawan kebangkitan rakyat?

Jika ISA itu digunakan untuk menutup “mulut” rakyat yang menentang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa, ternyata pemerintah gagal. Bantahan berjalan secara berterusan. Semakin hari semakin besar jumlah yang hadir.

Kepada RPK, jangan bimbang. Perjuangan akan diteruskan….

Mansuhkan ISA!!! Bebaskan RPK!!!

- Amin Iskandar

3 comments:

Jarod said...

Saya berada di sana juga. Sangat menyentuh hati dengan orang-orang yang pergi ke acara ini. Namum, kita perlu lebih banyak orang lagi!

Anonymous said...

siapa yang nak pergi sokong! buang masa aje. banyak keje lain boleh buat. tak ada manfaatnya sokong RPK tu.

Anonymous said...

Hidup ISA! Kekalkan RPK dalam ISA! RPK = ISA

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese