Persidangan perwakilan bahagian masuk minggu ketiga dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sudah layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Mac depan.
Ahli Parlimen Rembau itu menerima lima pencalonan - daripada Pemuda Umno Bahagian Tawau, Tangga Batu, Sembrong, Sabak Bernam dan Papar hari ini, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini sebanyak 42 pencalonan.
Ahli Parlimen Jerlun yang juga exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir masih mendahului dengan 65 pencalonan termasuk dua pencalonan baru hari ini dan satu pencalonan dari Kubang Pasu semalam.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo setakat ini memperoleh 32 pencalonan termasuk Pemuda Marang yang mencalonkannya semalam dan dua lagi pencalonan hari ini. - mstar
Malaysiakini: At last, Khairy qualifies
Malaysiakini: At last, Khairy qualifies
No comments:
Post a Comment