03 October 2008

Sambutan Aidil Fitri Teresa Kok - Malaysiakini

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 01.10.08


Saya mengunjung hormat DYMM Sultan Selangor pada Hari Raya. Pasangan di sebelah Tuanku ialah YB Teng Chang Khim, speaker DUN Selangor dan isterinya.

1 Oktober 2008 merupakan hari yang telah dinanti-nantikan oleh semua kaum di Malaysia.

Perkara pertama yang saya lakukan pada Hari Raya ialah mengunjung hormat DYMM Sultan Selangor di istananya pada pagi hari itu. Selepas itu, saya pergi ke Bangunan SUK untuk menyambut tetamu yang datang meraihkan Hari Raya bersama dengan kami.


Saya dan MB Tan Sri Khalid dan isterinya menyambut kedatangan tetamu di SUK. Adik kecil ini datang memberi salam kepada Puan Sri.

Bagi Hari Raya pada tahun-tahun yang lepas, saya selalu menghadiri perayaan Hari Raya di Majlis Perayaan Hari Raya anjuran kabinet BN dan juga tokoh BN bersama dengan YB Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain, tetapi kali ini, saya pula menjadi salah seorang ”tuan rumah” bagi perayaan Hari Raya kerajaan Selangor.

Saya memberi “ang pao” yang berwarna biru kepada kanak-kanak dan OKU semasa menyambut kedatangan para tetamu. Duit dalam “ang pao” kepada OKU adalah lebih banyak daripada duit kepada kanak-kanak. Kami juga memberi “ang pao” kepada pengiring atau penjaga OKU juga.


Ramai OKU dijemput datang ke Majlis Perayaan Hari Raya

Tetamu yang datang terdiri daripada pelbagai kaum dan senyuman yang manis. Ini adalah hari kebesaran kepada semua kaum, semua orang.


Rakyat pelbagai kaum datang menghadiri Majlis Perayaan Hari Raya di Bangunan SUK.


Gambar bersama dengan penyokong Pakatan


YB Philip Tan (ADUN Telok Datoh) dan anak lelakinya.


Menjamu selera bersama dengan tetamu VIP di dalam bangunan DUN.

http://teresakok.com

1 comment:

Samuel Goh Kim Eng said...

Let your light so shine before mankind
To remind all to be really mutually kind
Through the light people can truly find
The love from above that freely binds

(C) Samuel Goh Kim Eng - 031008
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Fri. 3rd Oct. 2008.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese