21 October 2008

PM gagal tunai janji buat perubahan badan kehakiman - Malaysiakini

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi gagal menunaikan janjinya untuk membuat perubahan badan kehakiman bila menasihatkan Majlis Raja-Raja Melayu supaya melantik Tan Sri Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara.

“Pak Lah tidak serius untuk menunaikan janjinya melakukan reformasi dan amat mengecewakan rakyat yang mahu melihat perubahan dalam sistem kehakiman,” katanya.

Zaki ialah persenaliti yang dipertikaikan kerana terlibat secara langsung dengan Umno, kata salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS.

Zaki dilantik ke Mahkamah Persekutuan september lalu dan dua bulan kemudian dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Zaki kini berusia 63 tahun dan akan memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun kecuali perkhidmatannya dilanjutkan oleh kerajaan.

Salahuddin juga telah membuat usul tergempar untuk dibincangkan di Dewan Rakyat Selasa ini (esok) bagi memboleh isu perlantikan Zaki dirundingkan di Parlimen kerana ianya bukan isu remeh-temeh.

Teks penuh usul adalah sepeti berikut:
USUL DIBAWAH PERATURAN MESYUARAT 18 (1) (2)
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya Salahuddin Ayub, Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Kubang Kerian akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan
ramai dan perlu disegerakan.

“Bahawa Dewan yang mulia ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan perbahasan merundingkan isu jawatan Ketua Hakim Negara yang bakal dikosongkan berikutan persaraan wajib Ketua Hakin Negara sekarang ini YA Tun Abdul Hamid Mohamad.

YB Tan Sri Yang Dipertua,
Adalah menjadi harsat rakyat keseluruhannya dalam Negara ini ingin melihat kembalinya satu era kecemerlangan dan kegemilangan system kehakiman Negara yang pernah di menjadi kebanggaan kita semua. Kita semua merindui nama-nama besar yang mengharumkan instituisi kehakiman Negara seperti YAA Raja Azlan Syah, YA Tun Suffian Hashim, Tun Sallah Abbas, Dato Goergh Seah dan lain-lain. - mppas »

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese