07 October 2008

Pindah kes liwat Anwar diketahui hari ini - Malaysiakini

“LIVE UPDATE DARI MAHKAMAH HARI INI”

9.48pg : DSAI tiba di perkarangan mahkamah.

9.53pg : Hadirin masih menunggu kedatangan Hakim Komathy Suppiah. Antara barisan peguam DSAI ialah Tn Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Edmund Bon dan Amir Hamzah.

10:14pg : Hakim Komathy Suppiah sedang menyatakan asas perundangan mengapa beliau mempunyai kuasa untuk menentukan Sijil Perintah Pemindahan ke Mahkamah Tinggi tersebut sah atau tidak.

10.22pg : Tn Hj Sulaiman Abdullah baru selesai berhujah agar Puan Hakim untuk terus kekal dengan keputusan yang lepas.

10.26pg : Datuk Yusof bagi pihak Pendakwa sekarang mula berhujah untuk mempertahankan cadangannya membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

10.35pg : Penyokong DSAI semakin ramai memenuhi ruang di dalam dan di luar kamar Mahkamah.

Bantahan Pendakwaan sekarang menjurus kepada membantah bidangkuasa Puan Hakim untuk mendengar bantahan Pembela terhadap penglibatan Gani Patail di dalam kes ini.

Mahkamah meneruskan hujah Pembela membantah penglibatan Gani Patail melalui tandatangan beliau di Sijil Perintah Pemindahan oleh pihak Pendakwa.

11.15pg : Pihak Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela.

11:34pg : Mahkamah ditangguhkan seketika.

Pindah kes liwat Anwar diketahui hari ini

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bersidang pagi ini bagi memutuskan sama ada perbicaraan kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sehingga pukul 8 pagi tadi, sekumpulan penyokong mula berhimpun di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan kawalan ketat polis.

Bagaimanapun jumlah mereka kali ini lebih kecil berbanding sesi sidang mahkamah sebelum ini.

Pada 24 September lalu, Hakim S. M. Komathy Suppiah telah menangguhkan sidang sehingga hari ini untuk memutuskan keputusannya selepas menimbangkan hujah bantahan pihak pembelaan atas permohonan pendakwaan bagi memindahkan perbicaraan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi, di bawah peruntukan Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Pihak pendakwaan yang diketuai Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden telah mengemukakan bantahan awal terhadap bantahan peguam bela.

Anwar, 61, mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sementara itu, seorang peguam Anwar, Sankara N. Nair ketika dihubungi berkata, apa jua keputusan yang ditentukan oleh phak mahkamah akan diterima secara terbuka.

"Semuanya bergantung kepada keputusan mahkamah esok (hari ini)," katanya.

Jelasnya, apa yang diharapakan adalah kes tersebut tidak dibawa ke Mahkamah Tinggi.

"Kami berharap kes ini dapat diselesaikan segera dan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Menurut Sankara, jika hakim menerima bantahan awal yang dikemukakan pihak pendakwa maka kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamagh Tinggi.

Barisan peguam bela Anwar pula diketuai oleh Sulaiman Abdullah bersama R. Sivarasa, Sankara, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya serta Mohd. Radzlan Jalaludin. - mStar

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese