Beliau berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.
Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan TPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.
“Jangan terkejut, kerana Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Walaubagaimanapun, dua jawatan penting kabinet, Menteri Dalam Negeri dan menteri Perdagangan Antarabangsa akan diisi oleh wakil Cina, dan Lim Kit Siang merupakan calon pilihan. - PerakExpress
No comments:
Post a Comment